JORDAN !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hye peeps ! Sihat ? Alhamdulillah , dah lama rasanya tak singgah sini . Eh , yaka ? okay abaikan . Selamat kembali ke sekolah setelah cuti seminggu baru-baru ni kan . Okay , tahu terlambat wish tpi nak juga wish . Hehehehe :D

Pengalaman baru untuk ana dengan family masa cuti sekolah baru-baru ni . First sekali ana rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat menjadi tetamu Allah . Allah telah pilih kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah . Alhamdullillah dengan rezeki yang diberikan kami dapat ke sana . Untuk kali ni kami ke Mekkah , Madinah dan Jordan . Salah satu tempat yang memang ana nak sangat-sangat pegi Jordan .

Tak tahu kenapa memang teringin sangat nak pegi . Masa ayah ana cakap nak ke Jordan tu ingat main-main ja tapi tak tahu pula betul-betul . Alhamdulillah Allah dah bagi kami peluang ke sana . Kami ke sana 21/3/2014 hari Jumaat . Okay , jom start bercerita .....

Kami naik dri Airport Penang ke KLIA sebab agen yang dipilih ayah ana memang di KL pun . Kami pegi dengan Andalusia , flight kami dari KLIA ke Bangkok pukul 11:30 malam . Kami transit di Bangkok 1 jam 15 minit untuk tukar orang dll . Dari KLIA ke Bangkok 3 jam ja then dari Bangkok kami terus ke Amman . Kami sampai di Airport Amman pukul 6 pagi waktu sana . Beza jam Jordan dengan Malaysia 6 jam . 

Dekat airport situ memang lengang ja , sunyi , tak sibuk . Urusan imegrisen dia pun cepat and senang . Tak banyak masalah . Kaunter yang dibuka pun banyak , memang urusan disitu semua okay la . Then turun bawah tunggu bas dan terus ke hotel . Dekat ja hotel tu dengan airport . Hotel Amman Airport tu hotel transit sebenarnya . Ana pegi 1 family 6 orang dapat 3 bilik , 1 bilik 2 orang . Memang sangat-sangat selesa . Bila dah smpai hotel , kami sarapan and rehat-rehat . Pukul 12 kami solat , makan bru keluar ziarah .


Tempat first yang kami pi ialah Makam Ashabul Kahfi . Tempat tu ada masjid di atas , di bawah dia ada macam gua tu . Pintu gua tu sentiasa kunci , ada orang yang pegang kunci tu . Bila kita nak masuk , dia akan buka la pintu tu . Cuasa di sana nak kata sejuk sangat tidak , nak kata panas pun tak sangat . Sejuk tu bila ada angin , sejuk pun tak sejuk sangat la . Biasa la kan baru habis musim sejuk , ada lagi sisa-sisa sejuk tu . Eh , angin pun ada sisa-sisa ka ? *trollface* heee :D . Masuk dalam tu mutawwif cerita la pasal 7 orang pemuda tu .

Lepas tu kami ke Laut Mati . Fuhh !! best giler r :) Terapung je bila mandi , tak payah susah-susah guna pelampung ke apa . Automatik timbul , hehehe . Banyak kisah di situ . Then dah nak maghrib kami bertolak ke Makam Nabi Shuib . Di situ ada masjid sebelah masjid tu lah makam . Wangi je sentiasa , kebetulan waktu tu kami nampak ada orang khawin . Sempat la tengok macam mana orang arab dekat sana khawin , hehehe . Simple ja , tak susah macam kita dekat sini .  Selesai solat maghrib kami bertolak balik hotel . Memang waktu tu takda apa yang boleh cakap , sedih + sebak semua ada . Dah nak balik , kami cuma sehari ja di sana . Memang kalau ikut tu tak puas sebab sekejap sangat .

Dah sampai hotel kami rehat-rehat kejap , pukul 11:00 malam waktu sana kami ke airport . Waktu tu sepupu ana yang study di Jordan tu datang . Sebelum ana naik flight ke KLIA lagi dia dah whatsapp tanya hotel , hari , tarikh semua . Ana bagitau dia , dah sampai KLIA tak boleh whatsapp . Memang dah tak contact , tak tahu pula yang dia nak jumpa betul-betul . Kami sampai hotel semua dah tidur sebab penat sangat , tiba-tiba mak ana ketuk pintu bilik cakap sepupu ana tu datang nak jumpa . Hahaha waktu tu semua orang dah siap-siap nak turun ke lobi . Sembang-sembang kejap then pegi airport . Pukul 1:00 pagi flight ke Jeddah . Hmmm macam tu lah ceritanya , seronok . Alhamdulillah ada rezeki nak pegi lagi ke Jordan . Nak menjelajah lagi , hehehe .

Okay dah sampai sini dulu , insyaAllah jumpa lagi dalam entry yang baru . Terima kasih sebab luangkan masa baca cerita-cerita ana di sini . Bye-bye , jumpa lagi :) 

Hidup Di Negeri Orang :)

ASSALAMUALAIKUM


Hai !!! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah jumpa lagi kite , hehehe. Dah lama tak update blog ni, rindunyaaaaa !!! Okay, mood meroyan was ON . Mood ni kalau dah ON memang susah sikit nak OFF , okay abaikan . Lamanye lah tak update some news kat sini kan ? Takpe lah , hari ni ana kembali semula . Hehehehe acah-acah ada orang kesahkan .

Alhamdulillah dah nak masuk sem 2 pun , cepat betul masa berlalu . Sekarang tengah cuti sem , boleh lah nak mengupdate blog ni kan . Lama-lama duduk rumah tak buat apa-apa baik kita lakukan sesuatu yea dok ? Heeee :D Ana nak lah bercerita sikit pasal sem 1 ni . Ye lah mahasiswi baru katakan excited tu belum lagi habis . Lama betul excitednya kan ......

Untuk sem yang pertama ni Alhamdulillah dah pun settle . Mula-mula nak adapt benda baru memang lah orang kata tu susah sikit . Walaupun tak susah sangat . Tapi sebenarnya belajar jauh-jauh ni kena banyak berdikari lah kan . Semuanya kena uruskan sendiri , bukan lagi nak harapkan orang lain semuanya atas diri sendiri ja . Nak balik ke kampung halaman kena naik bas sendri , beli tiket sendri , angkut barang sendiri . No more manja-manja , korbankan masa , korbankan perasaan rindu yang ada dalam hati ni bila tengok kekawan yang boleh balik rumah selalu . Haaaaa banyak betul pengorbanan ni .


Bila dah cakap sem 1 ni , junior lah namanya kan . Semua benda nak buat kena tanya senior-senior yang ada . Maklum la tak boleh nak bayang macam mana keadaan tu lagi . Masa nak ambil hall ticket untuk final exam hari tu , macam-macam ada dalam kepala otak ni . Dengan dewan nya lagi nak mencari . Lahai padahal senang je pun cuma tak tahu itu yang jadi macam huru hara sikit . Selalunya exam di sekolah memang dah ditetapkan dewan tiba-tiba sekarang ni dah kena pergi cari sendiri . Masa tu lah kalut tanya senior-senior , hahahaha . Lawak bila ingat-ingat balik .

Macam-macam ragam ada . Tapi yang bestnya bila exam tu tak rasa stress sangat , siap boleh rileks-rileks lagi . Hahaha . Rileks tu sebab jarak hari tu panjang sangat , itu yang bahagia . Tapi untuk next sem dah tak boleh nak rileks-rileks . Sebabnya pointer kena jaga , kalau bertambah takpa jangan pulak berkurang . Itu memang cari pasal namanya . Hmmmm sampai sini dulu lah , kite jumpa di lain entry yea . Byeee !! Jumpa lagi :D


Perpisahan Yang Terjadi :(

ASSALAMUALAIKUM


Hye ! Rasa macam dah lama tak update blog ni . Korang semua apa khabar ? Sihat ? Jawab dalam hati masing-masing lah yeaa :) Tajuk untuk post kali ni bunyinya macam sedih ya dak ? Memang sedih pun , huhuhu :'( . Jemput lah semua baca sampai habis cerita sedih ana untuk kali ni . Baca tau !!

Ingat tak , entry yang sebelum ni ana ada cerita pasal kawan-kawan ana yang nak pindah tu ? Okay , kalau dah baca bagus lah . Yang belum baca tu mohon pergi baca . Masa tu ana cakap kawan-kawan ana yang nak pindah tapi untuk hari ni , ana sendiri yang nak pindah . Actually bukan nak pindah tapi nak berhenti terus .

Kawan-kawan ana yang dah keluar tu bukannya pindah , tapi diorang pun berhenti macam ana . Dalam kelas ana sekarang tinggal 36 orang kalau tak silap daripada 42 orang pada awalnya . Lepas ja result SPM keluar hari tu , sorang-sorang yang keluar . Sekarang giliran ana pulak untuk keluar . Berat hati sebenarnya nak tinggal sekolah tu . Dah 5 tahun 4 bulan ana disitu . Dah memang sebati dengan keadaan di situ . Mesti tertanya-tanya kan kenapa ana nak keluar ? Tinggal lagi berapa bulan ja lagi ..

2 minggu lepas kawan ana tolong check untuk kemasukan tingkatan 6 . Alhamdulillah ana dapat tingkatan 6 tu . Masa mula-mula ayah ana sebut pasal tingkatan 6 ni ana memang dah tak nak masuk . Tak tahu kenapa , memang masa tu nak teruskan dengan STAM *walaupun ragu-ragu* . Lepas tu ana bagitahu mak ayah ana dan ayah ana macam suruh pergi tapi masih lagi 50-50 . Memang minggu tu buntu , bukan ana ja yang buntu tapi roomate ana pun . Kami dapat tingkatan 6 , dalam hati tak berapa nak yakin dengan STAM . Tak tahu kenapa rasa takut giler dengan STAM .

Minggu seterusnya dah buat istikharah hati masih lagi cakap nak stay dengan STAM . Waktu tu , kalau orang cuit sikit memang senang ja ikut cakap orang . Bila dah bincang ana dapat keputusan yang ana nak ke tingkatan 6 . Waktu tu memang dah betul-betul nak ke tingkatan 6 . Lepas ana bagitahu parents , parents pulak macam tak bagi keluar dari STAM . Sebenarnya bukan diorang tak bagi tapi diorang ana buat keputusan sendiri , ikut kemampuan sendiri . Dan waktu tu juga hati ana nak ke STAM balik *pelik-pelik skit* . Memang main antara 2 tu ja .

Mak ana bagitahu yag ana dapat tawaran ke KUIM , memang dapat la sebab ana isi haritu . KUIM ni kalau kita isi memang kita akan dapat . Lepas tu bila fikir-fikir balik , ana memang nak ke KUIM dan tak nak ubah-ubah lagi . Penat tau tak ubah-ubah macam ni . Ana memang jenis yang tak reti untuk buat keputusan sendiri . Nak tetapkan hati pun susah , tak tahu la kenapa susah sangat .

Hari Jumaat baru ni , ana last di sekolah tu . Mula-mula semua tak tahu yang ana nak keluar . Tapi kawan ana sorang ni cakap kuat-kuat dalam kelas yang ana nak keluar , haaa heboh habis . Ada sorang kawan ana ni memang style sporting and dia menyanyi untuk ana lagu sahabat lah , doa perpisahan lah macam-macam lagi . Dah la dia tu bukan kaum sejenis , hehehe *lelaki* .

Banyak kali jugak ana pergi jumpa guru kelas ana . Macam biasa lah tugas seorang guru , memberi nasihat . Macam-macam yang ustazah bagi , terima kasih sangat-sangat . Memang ramai yang tak bagi keluar sebab lagi berapa bulan ja nak habis dah . Kawan yang tak pernah bercakap sebelum ni pun , tiba-tiba hari Rabu tu bercakap walaupun sekelas *terukkan ?* hahaha . Ni kawan-kawan lelaki lah , kalau perempuan tu tipu lah kalau kata tak bercakap yea dak . Hmm finally ana keluar dari sekolah tu . Sedih yang teramat nak tinggal sekolah tu , kawan-kawan , ustaz ustazah dan semua lah .

Untuk kawan-kawan yang lain , teruskan perjuangan . Insyaallah ukhuwah kita kekal terpelihara oleh Allah , saya sayang awak-awak sekalian . Jangan lupa saya tau !! Terutama warga-warga 6 Farabi . Syukran ya asdhiqat :)


Kak long
Atin
Alia
Paah
Nabihah
Ummi
Hawa
Qilah
 Shahirah
Rushda
Syamim
Hanan
Aifaa
Kak Hajar
Kak Tikah
Sakinah
Afiqah
Yasmin
Syaziela
Farhany
Dini
Humairak
G-ah
Nailah
Ghazali
Naim
Muslih
Imran
Ikmal
Zul
Paan






Bintang Syurga


ASSALAMUALAIKUM

Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak
  
Aku tegar 
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Roh ku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang 
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum 
Di saat cinta mekarku bercantum
  
Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi
  
Kejayaan (kejayaan)
Kebahagiaan (kebahagiaan)
Bintang syuhada yang dirindukan
  
Datang datanglah wahai syahid 
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit
  
Derita hanya sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya

Sebuah Pertemuan

ASSALAMUALAIKUM

Hye ! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah , pertama sekali ana bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menurunkan hujan yang selama 3 bulan tak turun . Alhamdulillah syukur kepada Allah , akhirnya dengan kekuasaanNya hujan turun di Pulau Pinang khususnya . Rata-rata tempat dah turun hujan tetapi di Pulau Pinang lambat sikit , bukan disemua tempat cuma beberapa kawasan ja yang lewat sikit .

Okay , dah baca entry belum ni ? Atau main terjah ja nii ? Baca la dulu kalau ye pun tak sabar nak baca kan . Hehehehe :D . Sebuah Pertemuan ? Macam lain ja tajuk tu kan ? Sebenarnya tajuk tu untuk kawan-kawan baru ana . MasyaAllah , seronok apabila hidup berkawan ni . Banyak pengalaman , kenangan , pengajaran dan lain-lain lagi . Lagi-lagi kita dapat kawan baru kan ? Mesti uolls pernah rasa macam mana ana rasa kan ?

Macam yang ana pernah cerita dalam post-post yang sebelum ni , ana nak sambung tingkatan 6 *STAM* . Apabila dah masuk ke alam yang baru , bertambah lah kawan dari sekolah lain . Macam di DMW *sekolah ana sekarang* memang diorang terima dari pelajar sekolah luar . Automatic kami yang bekas pelajar situ sambung ke tingkatan 6 akan dapat kawan baru . Bila dapat kawan baru ni lah yang lebih mematangkan kita sebenarnya .

Dalam kelas ana ada 42 orang pada awalnya . Tetapi makin lama makin kurang , sekrang tinggal 40 orang . Itu belum lagi yang lepas result SPM keluar Khamis ni . Nanti mesti akan tinggal sikit ja . Memang rasa berat hati nak berpisah , walaupun kami baru kenal 3 bulan . Dalam masa 3 bulan ni lah kami kenal satu sama lain , kena marah sama-sama , buat kerja sama-sama , rehat sama-sama , handle aktiviti kokurikulum sama-sama . Bila dah banyak benda buat sama-sama rasa sayu nak lepaskan sorang-sorang yang nak keluar tu nanti .


Sekarang ni lah baru nak kenal rapat . Ada yang sebelum ni kurang komunikasi dalam kelas , bila dah ustaz ustazah pisah-pisahkan baru kenal sikap , perangai sesorang tu macam mana . Melalui dari sini lah kita akan jadi lebih akrab . Lelaki dengan cara lelaki , perempuan dengan cara perempuan . Sekolah ana tak ramai pelajar lelaki , termasuk lah budak-budak kelas ana . Cuma ada 9 orang ja . Diorang ni masing-masing bawa watak yang berlainan tau . Seronok tengok perangai sorang-sorang . Ada yang jenis slumber , peramah , ala-ala pendakwah bebas dan macam-macam lagi .


Bila kumpul ramai-ramai macam masa orentasi awal-awal tahun haritu rasa macam satu keluarga . Walaupun baru kenal , bila musibah berlaku kepada salah seorang PERTINAM kita sama-sama rasa . Setiap pertemuan kerana Allah pasti Allah akan pelihara hubungan itu walau dimana pun kita berada . Setiap peremuan pasti akan ada perpisahan , tetapi semua itu ada hikmah disebaliknya . 

Mesti dah bosan kan asyik membaca jaa ? Ana letak gambar sekali yea supaya tak laa mengatuk kan ? :)

Muka happy ja kena denda 

Makan bersama-sama


Melalui dari sini dah boleh tahu jumlah pelajar lelaki kan ??

Berganda-ganda dari pelajar lelaki :)

Haaa , yang ini lagi lah ketara . Nampak sangat macam seronok ja kena denda ..

Ceramah Halatuju STAM

Ini nak cakap pemalu ka apa pun tak tahu .

Dah besar tapi excited ja main mainan budak-budak , heee :D maaf bang , terkutuk pulak ..

Orang suruh bercerita , ini pulak jadinya ..

Hafal lagu sekolah :)

 Okay , sudah selesai upload gambar . Banyak kan ? Itu baru orentasi awal tahun haritu , tak campur lagi dengan gambar hari sukan . Banyak kenangan kami lalui bersama walaupun tak sama kelas dan sebagainya tetapi kami bersatu hati untuk terus kekalkan persahabatan yang terjalin .

Rasa macam dah panjang sangat untuk post kali ni . Kita berhenti sini dulu lah yee , nanti kita sambung dengan part yang lain pula . Terima kasih kerana sudi luangkan masa singgah ke blog ni . Datang lagi yee , selamat malam bagi yang sedang baca waktu malam dan selamat siang bagi yang sedang baca waktu siang . Jumpa lagi , Insyaallah . Assalamualaikum

Nasihat dan doa itu yang diperlukan dalam ukhwah kerana Allah .
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita . Semoga persahabatan kita kekal terjalin hingga ke syurga Allah . Insyaallah , aminn :)




Sakitkan kifarah dosa :)

ASSALAMUALAIKUM

Hye uolls ! Jumpa lagi kita di story yang baru . Sihat ke tidak ni ? Yang mana tak sihat tu , cepat-cepat makan ubat tau . Jangan merungut pulak . Sakitkan kifarah dosa . Maklum lah cuaca sekarang ni kan tak menentu , wajarlah kalau ada yang cakap sakit tu . Haa dah baca tajuk belum nii ? Dah ? Okay , bagus . Jom ana nak cerita kat korang semua :)

Baru-baru ni ana ada post cerita pasal kawan ana eksiden kan ? Untuk kali ni , cerita yang sama TETAPI kali ni berlaku betul-betul dekat kawan yang rapat dengan ana *perempuan* . Nak tau macam mana kejadian tu berlaku ? jom check it out !

Hari Isnin (10/2/2014) pagi tu kawan ana dengan adik dia dalam perjalanan nak ke sekolah . Lebih kurang dalam pukul 7:00 pagi . Biasa lah time-time macam tu kan kereta tak berapa nak banyak sangat and tak cerah sangat . Sampai di satu simpang tu , sepatutnya kereta yang nak keluar dari simpang tu ena berhenti tapi kereta tu rhenti , maka langgar lah 2 beradik ni .

Lepas-lepas kena langgar tu kawan ana pengsan dan adik dia koma sampai pukul 10:00 pagi kalau tak silap . Depa 2 beradik ni naik motor . Memang motor tu rosak teruk lah dan yang langgar diorang ni naik kereta apa tah tak ingat . Kawan ana jatuh sebelah kanan dan adik dia jatuh ke tengah jalan . Alhamdulillah tak kereta lain yang lalu waktu tu . Kalau tidak lagi teruk jadinya .

Dalam pukul 7:40 pagi tu , kami di sekolah waktu tu dengar siren ambulans lalu . Memang tak sangka la kawan ana yang eksiden kan , ingat kan orang lain . Masa tu kami yang duduk didepan nampak la cikgu-cikgu busy dengan handphone . Lepas ja habis perhimpunan ustazah sorang tu bagitahu yang kawan ana eksiden dengan adik dia . Dan waktu tu adik dia masih koma dan tak tahu keadaan sebenar kawan ana tu macam mana .

Masa Tauhid ustazah masuk , ana dengan kawan-kawan ana minta nak tengok gambar kawan ana tu . Tetapi yang ada cuma gambar adik dia ja . Memang susah hati + risau semua ada la . Mana tak risau , sampai pukul 2:00 petang tak tahu keadaan dia macam mana . At last ada sorang cikgu ni nak bawa kami pergi melawat dia .

Pukul 5:00 petang lepas solat asar , kami pun pergi la melawat dia di Hospital Seberang Jaya . Masa tu dah tengok keadaan dia semua baru lah rasa senang hati . Dia cuma patah paha dengan bahu dia sikit terseliuh agaknya . Dia boleh sembang , gelak dengan kami . Alhamdulillah sangat-sangat . Tapi bila tengok keadaan adik dia waktu tu memang teruk , muka dia calar balar , luka-luka . Sedih tengok keadaan dia . 

Lepas 2 hari amsuk hospital , 2 beradik tu dah bagi respon yang baik . Adik dia dah boleh bercakap , makan sendiri . Lepas tu , yang adik tu dah boleh balik rumah cuma kawan ana tu aj yang tak boleh balik lagi sebab kena operation . Kemarin alhamdlillah kedua-duanya selesai operation . Adik dia kena operation 2 kali . 

Haaa macam tu lah cerita dia . Harap sangat kawan-kawan yang dekat luar sana hati-hati ketika memandu tau . Sebelum keluar tu , baca doa dulu tau , jangan lupa . Masa menunggang motor atau kereta , hati-hati . Jangan laju-laju sangat , biar lambat asalkan selamat . Okaylah , ana berhenti sini dulu , jumpa lagi di lain entry . Jaga diri tau :) Assalamualaikum .....

Pengajaran Buat Semua :)

ASSALAMUALAIKUM

Hye ! apa khabar uolls ? Lamanya tak update blog . Rinduuu !!! Okay , dah stop berdrama . Nanti lagi lama lagi panjang jadinya . Dah baca entry untuk kali ni ? Okay , good . Story kali ni lain ceritanya . Biasa lah dah masuk tahun baru kan ? Cerita baru lahh . Let's we start our story yaww !

Hari Ahad lepas 26/01/2014 ,  kawan ana kemalangan jalan raya . Sorang meninggal dunia dan sorang lagi cedera . Kedua-duanya lelaki . Walaupun kawan-kawan ana tu masih lagi baru disekolah ana , tapi tetap rasa kehilangan . Dan kami tak sempat pun lagi nak kenal-kenal . Memang kejadian tu berlaku tak disangka-sangka .

Arwah (Afiq) dengan kawan dia (Hafizi) pernah bersekolah sekali . Then masa form 4 diaorang ni terpisah dan form 6 jumpa balik di DMW . Memang dua kawan baik ni duduk sekelas dan sebelah menyebelah dalam kelas . Arwah ni juga ketua kelas  . Hari Ahad minggu lepas ada Lantunan Mahabbah Rasulullah disekolah lama diaorang ni . Dalam perjalanan nak ke sana tu yang berlaku kemalangan atas highway .

Arwah yang bawa motor hari tu , sebelum ni memang arwah tak pernah bawa motor pun . Kebetulan hari kejadian arwah yang bawa motor . Fizi jadi penunggang . Dalam perjalan tu , ada sebuah kereta berhenti dibahu jalan . Motor yang dibawa tu terbabas dan hilang kawalan . Arwah tercampak ketengah jalan dan Fizi terjatuh ditepi jalan .

Masa tu lah ada kereta yang langgar arwah ditengah jalan . Mungkin tak sempat nak mengelak agaknya . Fizi ditepi jalan sempat ditarik oleh kawan yang ikut diaorang time tu . Fizi terus koma lepas jatuh tu . Memang Fizi tak tau langsung apa yang jadi lepas tu . Arwah cuba untuk bangun tetapi tak sempat nak bangun ada lagi sebuah kereta yang langgar arwah .

Masa tu kawan yang tolong Fizi tadi tu pergi dapatkan arwah sebab masa tu arwah dah memang nazak setelah digilis 2 buah kereta . Kawan yang bantu Fizi tadi ajarkan arwah mengucap dan memang keadaan masa tu sangat sedih dengan darah yang keluar sangat banyak .

Organ dalaman arwah semua pecah dan rosak semuanyaa . Fizi cuma patah kaki dan tangan . Arwah dan Fizi dibawa ke hospital yang berdekatan . Dan sampai sekarang Fizi dirawat di hospital tersebut . Arwah disimpan berdekatan rumah dia . 

Untuk penunggang-penunggang motosikal , tolonglah berhati-hati ketika memandu . Tak kisah lah yang menunggang motosikal atau apa sekali pun . Baca doa sebelum nak gerak kemana-mana pun . Insyaallah selamat sampai . Biar lambat asal selamat . Harap dengan cerita yang sedikit ni dapat memberi sedikit iktibar buat semua . Hati-hati ketika memandu tau . Sayangilah nyawa anda :)

Sampai sini dulu untuk kali ni , kita jumpa di lain entry ye . Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membca entry kali ni . Ma'assalamah wa illaliqa' :)