JORDAN !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hye peeps ! Sihat ? Alhamdulillah , dah lama rasanya tak singgah sini . Eh , yaka ? okay abaikan . Selamat kembali ke sekolah setelah cuti seminggu baru-baru ni kan . Okay , tahu terlambat wish tpi nak juga wish . Hehehehe :D

Pengalaman baru untuk ana dengan family masa cuti sekolah baru-baru ni . First sekali ana rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat menjadi tetamu Allah . Allah telah pilih kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah . Alhamdullillah dengan rezeki yang diberikan kami dapat ke sana . Untuk kali ni kami ke Mekkah , Madinah dan Jordan . Salah satu tempat yang memang ana nak sangat-sangat pegi Jordan .

Tak tahu kenapa memang teringin sangat nak pegi . Masa ayah ana cakap nak ke Jordan tu ingat main-main ja tapi tak tahu pula betul-betul . Alhamdulillah Allah dah bagi kami peluang ke sana . Kami ke sana 21/3/2014 hari Jumaat . Okay , jom start bercerita .....

Kami naik dri Airport Penang ke KLIA sebab agen yang dipilih ayah ana memang di KL pun . Kami pegi dengan Andalusia , flight kami dari KLIA ke Bangkok pukul 11:30 malam . Kami transit di Bangkok 1 jam 15 minit untuk tukar orang dll . Dari KLIA ke Bangkok 3 jam ja then dari Bangkok kami terus ke Amman . Kami sampai di Airport Amman pukul 6 pagi waktu sana . Beza jam Jordan dengan Malaysia 6 jam . 

Dekat airport situ memang lengang ja , sunyi , tak sibuk . Urusan imegrisen dia pun cepat and senang . Tak banyak masalah . Kaunter yang dibuka pun banyak , memang urusan disitu semua okay la . Then turun bawah tunggu bas dan terus ke hotel . Dekat ja hotel tu dengan airport . Hotel Amman Airport tu hotel transit sebenarnya . Ana pegi 1 family 6 orang dapat 3 bilik , 1 bilik 2 orang . Memang sangat-sangat selesa . Bila dah smpai hotel , kami sarapan and rehat-rehat . Pukul 12 kami solat , makan bru keluar ziarah .


Tempat first yang kami pi ialah Makam Ashabul Kahfi . Tempat tu ada masjid di atas , di bawah dia ada macam gua tu . Pintu gua tu sentiasa kunci , ada orang yang pegang kunci tu . Bila kita nak masuk , dia akan buka la pintu tu . Cuasa di sana nak kata sejuk sangat tidak , nak kata panas pun tak sangat . Sejuk tu bila ada angin , sejuk pun tak sejuk sangat la . Biasa la kan baru habis musim sejuk , ada lagi sisa-sisa sejuk tu . Eh , angin pun ada sisa-sisa ka ? *trollface* heee :D . Masuk dalam tu mutawwif cerita la pasal 7 orang pemuda tu .

Lepas tu kami ke Laut Mati . Fuhh !! best giler r :) Terapung je bila mandi , tak payah susah-susah guna pelampung ke apa . Automatik timbul , hehehe . Banyak kisah di situ . Then dah nak maghrib kami bertolak ke Makam Nabi Shuib . Di situ ada masjid sebelah masjid tu lah makam . Wangi je sentiasa , kebetulan waktu tu kami nampak ada orang khawin . Sempat la tengok macam mana orang arab dekat sana khawin , hehehe . Simple ja , tak susah macam kita dekat sini .  Selesai solat maghrib kami bertolak balik hotel . Memang waktu tu takda apa yang boleh cakap , sedih + sebak semua ada . Dah nak balik , kami cuma sehari ja di sana . Memang kalau ikut tu tak puas sebab sekejap sangat .

Dah sampai hotel kami rehat-rehat kejap , pukul 11:00 malam waktu sana kami ke airport . Waktu tu sepupu ana yang study di Jordan tu datang . Sebelum ana naik flight ke KLIA lagi dia dah whatsapp tanya hotel , hari , tarikh semua . Ana bagitau dia , dah sampai KLIA tak boleh whatsapp . Memang dah tak contact , tak tahu pula yang dia nak jumpa betul-betul . Kami sampai hotel semua dah tidur sebab penat sangat , tiba-tiba mak ana ketuk pintu bilik cakap sepupu ana tu datang nak jumpa . Hahaha waktu tu semua orang dah siap-siap nak turun ke lobi . Sembang-sembang kejap then pegi airport . Pukul 1:00 pagi flight ke Jeddah . Hmmm macam tu lah ceritanya , seronok . Alhamdulillah ada rezeki nak pegi lagi ke Jordan . Nak menjelajah lagi , hehehe .

Okay dah sampai sini dulu , insyaAllah jumpa lagi dalam entry yang baru . Terima kasih sebab luangkan masa baca cerita-cerita ana di sini . Bye-bye , jumpa lagi :) 

Hidup Di Negeri Orang :)

ASSALAMUALAIKUM


Hai !!! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah jumpa lagi kite , hehehe. Dah lama tak update blog ni, rindunyaaaaa !!! Okay, mood meroyan was ON . Mood ni kalau dah ON memang susah sikit nak OFF , okay abaikan . Lamanye lah tak update some news kat sini kan ? Takpe lah , hari ni ana kembali semula . Hehehehe acah-acah ada orang kesahkan .

Alhamdulillah dah nak masuk sem 2 pun , cepat betul masa berlalu . Sekarang tengah cuti sem , boleh lah nak mengupdate blog ni kan . Lama-lama duduk rumah tak buat apa-apa baik kita lakukan sesuatu yea dok ? Heeee :D Ana nak lah bercerita sikit pasal sem 1 ni . Ye lah mahasiswi baru katakan excited tu belum lagi habis . Lama betul excitednya kan ......

Untuk sem yang pertama ni Alhamdulillah dah pun settle . Mula-mula nak adapt benda baru memang lah orang kata tu susah sikit . Walaupun tak susah sangat . Tapi sebenarnya belajar jauh-jauh ni kena banyak berdikari lah kan . Semuanya kena uruskan sendiri , bukan lagi nak harapkan orang lain semuanya atas diri sendiri ja . Nak balik ke kampung halaman kena naik bas sendri , beli tiket sendri , angkut barang sendiri . No more manja-manja , korbankan masa , korbankan perasaan rindu yang ada dalam hati ni bila tengok kekawan yang boleh balik rumah selalu . Haaaaa banyak betul pengorbanan ni .


Bila dah cakap sem 1 ni , junior lah namanya kan . Semua benda nak buat kena tanya senior-senior yang ada . Maklum la tak boleh nak bayang macam mana keadaan tu lagi . Masa nak ambil hall ticket untuk final exam hari tu , macam-macam ada dalam kepala otak ni . Dengan dewan nya lagi nak mencari . Lahai padahal senang je pun cuma tak tahu itu yang jadi macam huru hara sikit . Selalunya exam di sekolah memang dah ditetapkan dewan tiba-tiba sekarang ni dah kena pergi cari sendiri . Masa tu lah kalut tanya senior-senior , hahahaha . Lawak bila ingat-ingat balik .

Macam-macam ragam ada . Tapi yang bestnya bila exam tu tak rasa stress sangat , siap boleh rileks-rileks lagi . Hahaha . Rileks tu sebab jarak hari tu panjang sangat , itu yang bahagia . Tapi untuk next sem dah tak boleh nak rileks-rileks . Sebabnya pointer kena jaga , kalau bertambah takpa jangan pulak berkurang . Itu memang cari pasal namanya . Hmmmm sampai sini dulu lah , kite jumpa di lain entry yea . Byeee !! Jumpa lagi :D