Sebuah Pertemuan

ASSALAMUALAIKUM

Hye ! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah , pertama sekali ana bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menurunkan hujan yang selama 3 bulan tak turun . Alhamdulillah syukur kepada Allah , akhirnya dengan kekuasaanNya hujan turun di Pulau Pinang khususnya . Rata-rata tempat dah turun hujan tetapi di Pulau Pinang lambat sikit , bukan disemua tempat cuma beberapa kawasan ja yang lewat sikit .

Okay , dah baca entry belum ni ? Atau main terjah ja nii ? Baca la dulu kalau ye pun tak sabar nak baca kan . Hehehehe :D . Sebuah Pertemuan ? Macam lain ja tajuk tu kan ? Sebenarnya tajuk tu untuk kawan-kawan baru ana . MasyaAllah , seronok apabila hidup berkawan ni . Banyak pengalaman , kenangan , pengajaran dan lain-lain lagi . Lagi-lagi kita dapat kawan baru kan ? Mesti uolls pernah rasa macam mana ana rasa kan ?

Macam yang ana pernah cerita dalam post-post yang sebelum ni , ana nak sambung tingkatan 6 *STAM* . Apabila dah masuk ke alam yang baru , bertambah lah kawan dari sekolah lain . Macam di DMW *sekolah ana sekarang* memang diorang terima dari pelajar sekolah luar . Automatic kami yang bekas pelajar situ sambung ke tingkatan 6 akan dapat kawan baru . Bila dapat kawan baru ni lah yang lebih mematangkan kita sebenarnya .

Dalam kelas ana ada 42 orang pada awalnya . Tetapi makin lama makin kurang , sekrang tinggal 40 orang . Itu belum lagi yang lepas result SPM keluar Khamis ni . Nanti mesti akan tinggal sikit ja . Memang rasa berat hati nak berpisah , walaupun kami baru kenal 3 bulan . Dalam masa 3 bulan ni lah kami kenal satu sama lain , kena marah sama-sama , buat kerja sama-sama , rehat sama-sama , handle aktiviti kokurikulum sama-sama . Bila dah banyak benda buat sama-sama rasa sayu nak lepaskan sorang-sorang yang nak keluar tu nanti .


Sekarang ni lah baru nak kenal rapat . Ada yang sebelum ni kurang komunikasi dalam kelas , bila dah ustaz ustazah pisah-pisahkan baru kenal sikap , perangai sesorang tu macam mana . Melalui dari sini lah kita akan jadi lebih akrab . Lelaki dengan cara lelaki , perempuan dengan cara perempuan . Sekolah ana tak ramai pelajar lelaki , termasuk lah budak-budak kelas ana . Cuma ada 9 orang ja . Diorang ni masing-masing bawa watak yang berlainan tau . Seronok tengok perangai sorang-sorang . Ada yang jenis slumber , peramah , ala-ala pendakwah bebas dan macam-macam lagi .


Bila kumpul ramai-ramai macam masa orentasi awal-awal tahun haritu rasa macam satu keluarga . Walaupun baru kenal , bila musibah berlaku kepada salah seorang PERTINAM kita sama-sama rasa . Setiap pertemuan kerana Allah pasti Allah akan pelihara hubungan itu walau dimana pun kita berada . Setiap peremuan pasti akan ada perpisahan , tetapi semua itu ada hikmah disebaliknya . 

Mesti dah bosan kan asyik membaca jaa ? Ana letak gambar sekali yea supaya tak laa mengatuk kan ? :)

Muka happy ja kena denda 

Makan bersama-sama


Melalui dari sini dah boleh tahu jumlah pelajar lelaki kan ??

Berganda-ganda dari pelajar lelaki :)

Haaa , yang ini lagi lah ketara . Nampak sangat macam seronok ja kena denda ..

Ceramah Halatuju STAM

Ini nak cakap pemalu ka apa pun tak tahu .

Dah besar tapi excited ja main mainan budak-budak , heee :D maaf bang , terkutuk pulak ..

Orang suruh bercerita , ini pulak jadinya ..

Hafal lagu sekolah :)

 Okay , sudah selesai upload gambar . Banyak kan ? Itu baru orentasi awal tahun haritu , tak campur lagi dengan gambar hari sukan . Banyak kenangan kami lalui bersama walaupun tak sama kelas dan sebagainya tetapi kami bersatu hati untuk terus kekalkan persahabatan yang terjalin .

Rasa macam dah panjang sangat untuk post kali ni . Kita berhenti sini dulu lah yee , nanti kita sambung dengan part yang lain pula . Terima kasih kerana sudi luangkan masa singgah ke blog ni . Datang lagi yee , selamat malam bagi yang sedang baca waktu malam dan selamat siang bagi yang sedang baca waktu siang . Jumpa lagi , Insyaallah . Assalamualaikum

Nasihat dan doa itu yang diperlukan dalam ukhwah kerana Allah .
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita . Semoga persahabatan kita kekal terjalin hingga ke syurga Allah . Insyaallah , aminn :)




Tiada ulasan: