JORDAN !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hye peeps ! Sihat ? Alhamdulillah , dah lama rasanya tak singgah sini . Eh , yaka ? okay abaikan . Selamat kembali ke sekolah setelah cuti seminggu baru-baru ni kan . Okay , tahu terlambat wish tpi nak juga wish . Hehehehe :D

Pengalaman baru untuk aku dengan family masa cuti sekolah baru-baru ni. First sekali aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat menjadi Duyuf Rahman. Dia pilih kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Dia. Alhamdullillah dengan rezeki yang diberikan kami dapat ke sana. Untuk kali ni kami ke Mekkah, Madinah dan Jordan. Salah satu tempat yang memang aku nakkkk sangat-sangat pegi Jordan.

Tak tahu kenapa memang teringin sangat nak pegi. Masa ayah aku cakap nak ke Jordan tu ingat main-main ja tapi tak tahu pulak betul-betul. Alhamdulillah Allah dah bagi kami peluang ke sana. Kami ke sana 21/3/2014 hari Jumaat. Okay, jom start bercerita .....

Kami naik dri Airport Penang ke KLIA sebab agen yang dipilih ayah ana memang di KL pun. Kami pegi dengan Andalusia, flight kami dari KLIA ke Bangkok pukul 11:30 malam. Kami transit di Bangkok 1 jam 15 minit. Dari KLIA ke Bangkok 3 jam ja then dari Bangkok kami terus ke Amman. Kami sampai di Airport Amman pukul 6 pagi waktu sana. Beza jam Jordan dengan Malaysia 6 jam. 

Dekat airport situ memang lengang ja, sunyi, tak sibuk. Urusan imegrisen dia pun cepat and senang. Tak banyak masalah. Kaunter yang dibuka pun banyak, memang urusan disitu semua okay. Then turun bawah tunggu bas dan terus ke hotel. Dekat ja hotel tu dengan airport . Hotel Amman Airport tu hotel transit sebenarnya. Aku pegi 1 family 6 orang dapat 3 bilik, 1 bilik 2 orang. Memang sangat-sangat selesa. Bila dah smpai hotel, kami sarapan and rehat-rehat. Pukul 12 kami solat, makan baru keluar ziarah.


Tempat first yang kami pi ialah Makam Ashabul Kahfi. Tempat tu ada masjid di atas, di bawah dia ada macam gua tu. Pintu gua tu sentiasa kunci, ada orang yang pegang kunci tu. Bila kita nak masuk, dia akan buka la pintu tu. Cuasa di sana nak kata sejuk sangat tidak, nak kata panas pun tak sangat. Sejuk tu bila ada angin, sejuk pun tak sejuk sangat la. Biasa la kan baru habis musim sejuk, ada lagi sisa-sisa sejuk tu. Eh, angin pun ada sisa-sisa ka ? *trollface* heee :D . Masuk dalam tu mutawwif cerita la pasal 7 orang pemuda tu.

Lepas tu kami ke Laut Mati. Fuhh !! best giler r :) Terapung je bila mandi, tak payah susah-susah guna pelampung ke apa. Automatik timbul, hehehe. Banyak kisah di situ. Then dah nak maghrib kami bertolak ke Makam Nabi Shuib. Di situ ada masjid sebelah masjid tu lah makam. Wangi je sentiasa, kebetulan waktu tu kami nampak ada orang khawin. Sempat la tengok macam mana orang arab dekat sana khawin. Simple ja, tak susah macam kita dekat sini.  Selesai solat maghrib kami bertolak balik hotel. Memang waktu tu takda apa yang boleh cakap, sedih + sebak semua ada. Dah nak balik, kami cuma sehari ja di sana. Memang kalau ikut tu tak puas sebab sekejap sangat.

Dah sampai hotel kami rehat-rehat kejap, pukul 11:00 malam waktu sana kami ke airport. Lepastu terbang ke Madinah.

Okay dah sampai sini dulu, insyaAllah jumpa lagi dalam entry yang baru. Terima kasih sebab luangkan masa baca cerita-cerita ana di sini. Jumpa lagi :)