Sakitkan kifarah dosa :)

ASSALAMUALAIKUM

Hye uolls ! Jumpa lagi kita di story yang baru . Sihat ke tidak ni ? Yang mana tak sihat tu , cepat-cepat makan ubat tau . Jangan merungut pulak . Sakitkan kifarah dosa . Maklum lah cuaca sekarang ni kan tak menentu , wajarlah kalau ada yang cakap sakit tu . Haa dah baca tajuk belum nii ? Dah ? Okay , bagus . Jom ana nak cerita kat korang semua :)

Baru-baru ni ana ada post cerita pasal kawan ana eksiden kan ? Untuk kali ni , cerita yang sama TETAPI kali ni berlaku betul-betul dekat kawan yang rapat dengan ana *perempuan* . Nak tau macam mana kejadian tu berlaku ? jom check it out !

Hari Isnin (10/2/2014) pagi tu kawan ana dengan adik dia dalam perjalanan nak ke sekolah . Lebih kurang dalam pukul 7:00 pagi . Biasa lah time-time macam tu kan kereta tak berapa nak banyak sangat and tak cerah sangat . Sampai di satu simpang tu , sepatutnya kereta yang nak keluar dari simpang tu ena berhenti tapi kereta tu rhenti , maka langgar lah 2 beradik ni .

Lepas-lepas kena langgar tu kawan ana pengsan dan adik dia koma sampai pukul 10:00 pagi kalau tak silap . Depa 2 beradik ni naik motor . Memang motor tu rosak teruk lah dan yang langgar diorang ni naik kereta apa tah tak ingat . Kawan ana jatuh sebelah kanan dan adik dia jatuh ke tengah jalan . Alhamdulillah tak kereta lain yang lalu waktu tu . Kalau tidak lagi teruk jadinya .

Dalam pukul 7:40 pagi tu , kami di sekolah waktu tu dengar siren ambulans lalu . Memang tak sangka la kawan ana yang eksiden kan , ingat kan orang lain . Masa tu kami yang duduk didepan nampak la cikgu-cikgu busy dengan handphone . Lepas ja habis perhimpunan ustazah sorang tu bagitahu yang kawan ana eksiden dengan adik dia . Dan waktu tu adik dia masih koma dan tak tahu keadaan sebenar kawan ana tu macam mana .

Masa Tauhid ustazah masuk , ana dengan kawan-kawan ana minta nak tengok gambar kawan ana tu . Tetapi yang ada cuma gambar adik dia ja . Memang susah hati + risau semua ada la . Mana tak risau , sampai pukul 2:00 petang tak tahu keadaan dia macam mana . At last ada sorang cikgu ni nak bawa kami pergi melawat dia .

Pukul 5:00 petang lepas solat asar , kami pun pergi la melawat dia di Hospital Seberang Jaya . Masa tu dah tengok keadaan dia semua baru lah rasa senang hati . Dia cuma patah paha dengan bahu dia sikit terseliuh agaknya . Dia boleh sembang , gelak dengan kami . Alhamdulillah sangat-sangat . Tapi bila tengok keadaan adik dia waktu tu memang teruk , muka dia calar balar , luka-luka . Sedih tengok keadaan dia . 

Lepas 2 hari amsuk hospital , 2 beradik tu dah bagi respon yang baik . Adik dia dah boleh bercakap , makan sendiri . Lepas tu , yang adik tu dah boleh balik rumah cuma kawan ana tu aj yang tak boleh balik lagi sebab kena operation . Kemarin alhamdlillah kedua-duanya selesai operation . Adik dia kena operation 2 kali . 

Haaa macam tu lah cerita dia . Harap sangat kawan-kawan yang dekat luar sana hati-hati ketika memandu tau . Sebelum keluar tu , baca doa dulu tau , jangan lupa . Masa menunggang motor atau kereta , hati-hati . Jangan laju-laju sangat , biar lambat asalkan selamat . Okaylah , ana berhenti sini dulu , jumpa lagi di lain entry . Jaga diri tau :) Assalamualaikum .....

Tiada ulasan: