Pengalaman Baru :')

ASSALAMUALAIKUM

Aaccuummm ! sorry terlepas pulak . Tsk tsk tsk *bersin* . Ni la jadinya bila dah berkurun tak bersihkan blog ni *menipu* . Okay , first sekali ana nak mintak maaf la sebab ana jarang post any story dalam blog ni . Actually ana memang nak post story pun tpi disebabkan 'MALAS' , apa pun tak boleh ! *trollface*

Eh, terlupa pulak Hye Pembaca-Pembaca Yang Cantik Lagi Handsome . Okay , kali ni ana ada story . Kalau takdak story , tak terhasil la entry untuk kali ni kan ? *tolak masuk gaung* . See , title please ! *merapu lagi*

Lepas ja cuti sekolah hari tu , ana dengan 2 orang lagi kawan ana pergi daftar buat lesen . Awalnya semua pergi sekali . Kononnya takut nak pergi sorang-sorang . Okay , first pi dengar ceramah 3 jam then pergi buat test undang-undang . Start daripada test undang-undang tu la kami terpisah . Terpisah sebab ana nak cepat-cepat pi buat test undang-undang tu . Yakinlah kononnya boleh jawab soalan tu kan .

Alhamdullillah , masa naik van yang disediakan tu terjumpa dengan kawan ana . Kami satu kelas tahun 2011 . Rasa tenang la sikit sebab ada kawan . Bila dah siap semua urusan disitu dan Alhamdullilah ana lulus tunggu dalam masa seminggu siaplah lesen L .

Masa akak tu call suruh pergi ambil lesen tu ana pergi holiday , KL je pun ha . Lepas balik Penang , esok tu ana pergi la ambik lesen sekali gus tetapkan hari untuk buat latihan memandu pulak . Eh , terlupa pulak nak bagi tahu . Ana ambik lesen motor ja . Kereta tak boleh lagi . Takut -,-

Hari Khamis baru ni ana dengan Nadia *kawan ana* pergi buat latihan . Ya Allah , masa mula-mula tengok diaorang naik motor tu dah ada rasa yakin boleh buat . Sekali masuk round yang kedua kebanyakkan budak cina yang tak berapa mahir bawa motor , memang down terus . Takut tengok diaorang . 

Tiba lah masa untuk giliran kami . Memang cuak habis la . Ada sorang pak cik tu dia akan bagi tahu kami yang first time pergi buat latihan tu cara-cara semua la . Mula-mula tu confident ja . Sekali pak cik tu cakap 'Okay , boleh jalan' , ha ambik kau . Terketar-ketar . Lain yang orang suruh buat , lain yang ana buat . Dengan ramai orang yang tengok . Memang bertambah-tambah la cuak .

Kami sempat buat satu round ja , and ana tak boleh untuk meniti dengan brek kecemasan . Malu jugak bila meniti tu tak lepas kan . Jatuh awal ja ha *tutup muka dengan bantak busuk* . Hahaha , takpa la nanti pergi banyak kali Insyaallah boleh .

Okay la ana stop sini dulu okay . Thanks sebab sudi luangkan masa untuk baca entry kali ni . Tiada pembaca maka tiadalah entry . Hahaha *start merapu balik*


Doakan untuk ana dengan kawan ana Nadia ye . Insyaallah kami boleh buat . Takut pulak bila pikir balik pasal tu . Thanks sekali lagi :) 

Tiada ulasan: