ASSALAMUALAIKUM
Hye ! terajin sikit pagi ni . Sekali post 2 entry untuk korang semua . Rajin-rajin kan lah diri anda untuk baca entry dalam blog ni ye :)
Holiday ? Korang pergi mana cuti-cuti ni ? Mesti pergi Luar Negeri kan ? Luar Negeri tu memang dah confirm . Luar Negara ? Mesti ada ni diantara pembaca yang bertuah ni . Untung lah korang . Sampai ke Luar Negara *stop buat ayat sedih please* -,-
Minggu kedua ana tak pergi mana-mana sebab sibuk dengan buat lesen *sibuk la sangat kan?* Start minggu ketiga baru lah berholiday . Holiday ana pergi KL ja . Okay la tu kan dapat jugak pergi holiday daripada tak pergi langsung tu kan ?
Ana pergi hari Khamis malam . Macam biasa la kan . Kalau nak pergi mana-mana ja mesti kami akan bertolak malam . Kami stay sana 5 hari 4 malam . 2 malam di Mandrain Court Hotel dan lagi 2 malam di Orchard Hotel . Best jugak sebab berpeluang ke Stadium Bukit Jalil 1 Disember tu . Malaysia lwn Indonesia . Memang penuh la stadium tu .
Seperti biasa memang tak sah kalau pergi KL tak pergi Low Yat . Ya Allah , masuk situ memang kena kawal nafsu betul-betul . Dugaan dia Masyaallah , hebat sungguh . Kalau ikutkan hati memang rasa nak beli ja Blackberry tu . Tapi apa kan daya , duit tidak mencukupi . Hmmm , asal jumpa ja kedai jual BB , ana yang macam ghairah terlebih . Mana tak ghairah , dah lama ana nakkan BB , tapi tak dapat-dapat sampai sekarang .
Abah cakap 'takpa , tanya dulu harga dia . Nanti kita balik Penang , kita beli dekat sana' . Ana terus macam , 'hmmm memang aku akan beli guna duit aku sendiri la jawabnya' . Malas nak letak harapan tinggi-tinggi . Sebab tu la tak sabar-sabar nak buka sekolah . Nak main kut and ana akan jadi orang first yang akan dapat duit kut tu . Bila dah dapat , yeaayy BB satu ! *perasan*
Hmmm , okay lah . Ana nak kena tidur dulu dah sebab pagi esok kena bangun awal nak balik kampng kata Umi . Anyway thanks sebab sudi baca . Bye :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan