Celoteh di malam hari :)

ASSALAMUALAIKUM

Hye peeps ! How are you ? Alhamdulillah . Sebenarnya ana saja nak kongsikan cerita , saja sementara nak tidur kan ? Heee ~ Tittle kali ni pun unik sikit kan ? *kononnya* . Okay , let`s start our story :)

Tadi pepagi lagi dah balik kampung . Tak la awal sangat , dalam pukul 8:30 pagi dah keluar dari rumah . Terus ke Tanjung Dawai , singgah rumah makngah kejup . Memang dah jadi rutin . Bila balik kampung ja mesti akan singgah situ . Tak kira la masa nak balik kampung atau lepas balik kampung . Dah alang - alang lalu situ kan .

Dalam pukul 12:00 tegahhari macam tu baru la kami gerak balik rumah tok . Lama kan kami drop dekat rumah makngah ? Mana tak lama , siap dengan makan tegah hari sekali . Tu yang lama . Balik rumah tok dengan perut kenyang semua . Kenyang perut senang hati :) 

Dah balik kampung taktau nak buat apa , tidur kejup . Tapi tadi tertidur punya la lama . Tu punca tak boleh tidur malam ni *kantoi* :D . Terjaga ja tadi dah pukul 4 petang . Lepas makan tu lepak kat luar rumah tu , tak sampai 15 minit tetiba dengar bunyi enjin kereta masuk kawasan rumah tok . Pelik jugak tengok tok , sebab dia tengok kereta tu macam dia tak kenal .

Biasa la kan jarang jumpa , jadi pelik sikit la . Bila sampai ja kereta tu depan rumah sekali tengok bukannya kereta tapi van . Terkejut mak jemah . Hahaha , penuh satu van tu . Macam orang nak mai meminang pun ada *trollface* . Rupa-rupanya yang datang rumah tok tu sepupu dari KL . Lama ouh kami tak jumpa .

Tujuan utama anak-anak Maklang ialah sawah padi . Bergambar sakan la dyorang . Normal la tu orang bandar bila masuk kampung ja jadi macam tu la . Sama jugak orang kampung masuk bandar . Okay , bila dah sembang apa semua . Masa tengah makan tu anak maklang yang Abg Own tu dok sembang-sembang dengan abah . Tetiba Abg Tok Ki hulur dia punya Samsung Note *jeles* . Tunjuk gambar khawin Kak Jannah *bertambah jeles*

Ya Allah , cantik sungguh ciptaanMu . Seriously cantik . Bukan ja pengantin yang cantik , pengapit dia pun sama cantik . Jeles tengok dyorang boleh pi wedding Kak Jannah :( .. Ana tak boleh pi sebab abah ada kerja kat sini .

Ana cuma tengok melalui gambar je lah . Sedih okay . Nanti bila dah dyorang upload gambar , Insyaallah ana akan post lagi okay ? Tunggu tau !

Sambung pasal tetamu yang datang rumah tok tadi . Hehehe , seronok bila kumpul semua adik beradik . Riuh satu rumah . Handsome-handsome okay sepupu ana yang tu *perasan* . Dah lama tak jumpa . Tapi ana dengan adik-adik ana ni style tak sembang dengan sepupu yang jarang jumpa ni . Kononnya malu , hee ~ kalau korang mesti dah bersembang kan ? Kami memang pelik pun .

Okay la , ana stop sini dulu . Dah panjang lebar bercerita ni . Insyaallah kita jumpa lagi okay :)

Hello Hello Hello ! !

ASSALAMUALAIKUM

Hye's ! Wah wah wah ! tengok tittle kali nih . Semangat kan ? Bukan selalu pun mood semangat ni datang kan ? Sekali sekala ja . Eh , ni bukan semangat patriotik ka apa ke okay . Ni just semangat nak update blog yang comel lagi cantik ni *k perasan* hee ^_^ v

We start our story now . Actually yang ana semangat sangat nak update blog ni bukan apa . Tapi disebabkan tengok blog RUSHDA yang punya panjang dia update tu membuatkan ana rasa semangat macam mana entah . CLICK HERE

Pelik kan ? Ada jugak orang macam ana ni kan ?*abaikan* . Okay , dah alang -alang tengah update ni kan , ana nak ucapkan Happy Birthday To Farah Lailatulnisa Bt Abdul Rashid . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . Amin . Farah , aq mintak maaf eh , sebab lambat wish . Ingatkan boleh la jadi orang first yang wish . Rupa - rupanya orang yang paling last . Sebenarnya birthday Farah 18/12/1996 . Tapi ana wish dekat dia 19/12 , tepat pukul 12:00 pulak tu . Sorry sekali lagi .

Second kepada Kak Adilah . Tahniah kak , sebab sekarang ni dah dapat Lesen P . Tahniah sekali lagi . Kak Adilah ni ana kenal masa pergi buat latihan memandu tu la . Akak ni comel orangnya , ceria , sporting , peramah dan lain - lain lah . Kalau nak kenal akak ni , cari dekat fb . TEKAN SINI

Third untuk kawan ana RUSHDA . Ni lah kawan ana yang agak rapat dengan ana . Kami rapat mungkin sebab kami ni sekepala kut . Heee ~ Anyway kepada RUSHDA , aq tahu hang terasa dengan TWEETY aq . Sorry sebab buat hang terasa dengan TWEETY aq . Takdak niat pun nak buat hang terasa . Sekali lagi aq mintak maaf . Kawan Buat Selamanya :)

And last sekali buat Nur Aliaa . Aliaa , awak tahu tak betapa rindunya saya kat awak . Bila saya rindu awak , gambar awak akan jadi gambar depan handphone saya . Selain tu saya akan dengar balik suara awak . Saya sayang awak adik . Love You :)

Okay sampai sini dulu . Dah jadi macam tempat luahan perasaan pulak kan ? Dan sememangnya tempat ni untuk meluahkan perasaan kan ? Okay ana tahu korang tak faham dengan ayat ana . Sebelum ianya menjadi lebih teruk , ana stop sini dulu . Jumpa lagi di lain entry okay . Assalamualaikum .

Holidays :')

ASSALAMUALAIKUM

Hye ! terajin sikit pagi ni . Sekali post 2 entry untuk korang semua . Rajin-rajin kan lah diri anda untuk baca entry dalam blog ni ye :)

Holiday ? Korang pergi mana cuti-cuti ni ? Mesti pergi Luar Negeri kan ? Luar Negeri tu memang dah confirm . Luar Negara ? Mesti ada ni diantara pembaca yang bertuah ni . Untung lah korang . Sampai ke Luar Negara *stop buat ayat sedih please* -,-

Minggu kedua ana tak pergi mana-mana sebab sibuk dengan buat lesen *sibuk la sangat kan?* Start minggu ketiga baru lah berholiday . Holiday ana pergi KL ja . Okay la tu kan dapat jugak pergi holiday daripada tak pergi langsung tu kan ?

Ana pergi hari Khamis malam . Macam biasa la kan . Kalau nak pergi mana-mana ja mesti kami akan bertolak malam . Kami stay sana 5 hari 4 malam . 2 malam di Mandrain Court Hotel dan lagi 2 malam di Orchard Hotel . Best jugak sebab berpeluang ke Stadium Bukit Jalil 1 Disember tu . Malaysia lwn Indonesia . Memang penuh la stadium tu .

Seperti biasa memang tak sah kalau pergi KL tak pergi Low Yat . Ya Allah , masuk situ memang kena kawal nafsu betul-betul . Dugaan dia Masyaallah , hebat sungguh . Kalau ikutkan hati memang rasa nak beli ja Blackberry tu . Tapi apa kan daya , duit tidak mencukupi . Hmmm , asal jumpa ja kedai jual BB , ana yang macam ghairah terlebih . Mana tak ghairah , dah lama ana nakkan BB , tapi tak dapat-dapat sampai sekarang .

Abah cakap 'takpa , tanya dulu harga dia . Nanti kita balik Penang , kita beli dekat sana' . Ana terus macam , 'hmmm memang aku akan beli guna duit aku sendiri la jawabnya' . Malas nak letak harapan tinggi-tinggi . Sebab tu la tak sabar-sabar nak buka sekolah . Nak main kut and ana akan jadi orang first yang akan dapat duit kut tu . Bila dah dapat , yeaayy BB satu ! *perasan*

Hmmm , okay lah . Ana nak kena tidur dulu dah sebab pagi esok kena bangun awal nak balik kampng kata Umi . Anyway thanks sebab sudi baca . Bye :)


Pengalaman Baru :')

ASSALAMUALAIKUM

Aaccuummm ! sorry terlepas pulak . Tsk tsk tsk *bersin* . Ni la jadinya bila dah berkurun tak bersihkan blog ni *menipu* . Okay , first sekali ana nak mintak maaf la sebab ana jarang post any story dalam blog ni . Actually ana memang nak post story pun tpi disebabkan 'MALAS' , apa pun tak boleh ! *trollface*

Eh, terlupa pulak Hye Pembaca-Pembaca Yang Cantik Lagi Handsome . Okay , kali ni ana ada story . Kalau takdak story , tak terhasil la entry untuk kali ni kan ? *tolak masuk gaung* . See , title please ! *merapu lagi*

Lepas ja cuti sekolah hari tu , ana dengan 2 orang lagi kawan ana pergi daftar buat lesen . Awalnya semua pergi sekali . Kononnya takut nak pergi sorang-sorang . Okay , first pi dengar ceramah 3 jam then pergi buat test undang-undang . Start daripada test undang-undang tu la kami terpisah . Terpisah sebab ana nak cepat-cepat pi buat test undang-undang tu . Yakinlah kononnya boleh jawab soalan tu kan .

Alhamdullillah , masa naik van yang disediakan tu terjumpa dengan kawan ana . Kami satu kelas tahun 2011 . Rasa tenang la sikit sebab ada kawan . Bila dah siap semua urusan disitu dan Alhamdullilah ana lulus tunggu dalam masa seminggu siaplah lesen L .

Masa akak tu call suruh pergi ambil lesen tu ana pergi holiday , KL je pun ha . Lepas balik Penang , esok tu ana pergi la ambik lesen sekali gus tetapkan hari untuk buat latihan memandu pulak . Eh , terlupa pulak nak bagi tahu . Ana ambik lesen motor ja . Kereta tak boleh lagi . Takut -,-

Hari Khamis baru ni ana dengan Nadia *kawan ana* pergi buat latihan . Ya Allah , masa mula-mula tengok diaorang naik motor tu dah ada rasa yakin boleh buat . Sekali masuk round yang kedua kebanyakkan budak cina yang tak berapa mahir bawa motor , memang down terus . Takut tengok diaorang . 

Tiba lah masa untuk giliran kami . Memang cuak habis la . Ada sorang pak cik tu dia akan bagi tahu kami yang first time pergi buat latihan tu cara-cara semua la . Mula-mula tu confident ja . Sekali pak cik tu cakap 'Okay , boleh jalan' , ha ambik kau . Terketar-ketar . Lain yang orang suruh buat , lain yang ana buat . Dengan ramai orang yang tengok . Memang bertambah-tambah la cuak .

Kami sempat buat satu round ja , and ana tak boleh untuk meniti dengan brek kecemasan . Malu jugak bila meniti tu tak lepas kan . Jatuh awal ja ha *tutup muka dengan bantak busuk* . Hahaha , takpa la nanti pergi banyak kali Insyaallah boleh .

Okay la ana stop sini dulu okay . Thanks sebab sudi luangkan masa untuk baca entry kali ni . Tiada pembaca maka tiadalah entry . Hahaha *start merapu balik*


Doakan untuk ana dengan kawan ana Nadia ye . Insyaallah kami boleh buat . Takut pulak bila pikir balik pasal tu . Thanks sekali lagi :)