JORDAN !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hye peeps ! Sihat ? Alhamdulillah , dah lama rasanya tak singgah sini . Eh , yaka ? okay abaikan . Selamat kembali ke sekolah setelah cuti seminggu baru-baru ni kan . Okay , tahu terlambat wish tpi nak juga wish . Hehehehe :D

Pengalaman baru untuk aku dengan family masa cuti sekolah baru-baru ni. First sekali aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat menjadi Duyuf Rahman. Dia pilih kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Dia. Alhamdullillah dengan rezeki yang diberikan kami dapat ke sana. Untuk kali ni kami ke Mekkah, Madinah dan Jordan. Salah satu tempat yang memang aku nakkkk sangat-sangat pegi Jordan.

Tak tahu kenapa memang teringin sangat nak pegi. Masa ayah aku cakap nak ke Jordan tu ingat main-main ja tapi tak tahu pulak betul-betul. Alhamdulillah Allah dah bagi kami peluang ke sana. Kami ke sana 21/3/2014 hari Jumaat. Okay, jom start bercerita .....

Kami naik dri Airport Penang ke KLIA sebab agen yang dipilih ayah ana memang di KL pun. Kami pegi dengan Andalusia, flight kami dari KLIA ke Bangkok pukul 11:30 malam. Kami transit di Bangkok 1 jam 15 minit. Dari KLIA ke Bangkok 3 jam ja then dari Bangkok kami terus ke Amman. Kami sampai di Airport Amman pukul 6 pagi waktu sana. Beza jam Jordan dengan Malaysia 6 jam. 

Dekat airport situ memang lengang ja, sunyi, tak sibuk. Urusan imegrisen dia pun cepat and senang. Tak banyak masalah. Kaunter yang dibuka pun banyak, memang urusan disitu semua okay. Then turun bawah tunggu bas dan terus ke hotel. Dekat ja hotel tu dengan airport . Hotel Amman Airport tu hotel transit sebenarnya. Aku pegi 1 family 6 orang dapat 3 bilik, 1 bilik 2 orang. Memang sangat-sangat selesa. Bila dah smpai hotel, kami sarapan and rehat-rehat. Pukul 12 kami solat, makan baru keluar ziarah.


Tempat first yang kami pi ialah Makam Ashabul Kahfi. Tempat tu ada masjid di atas, di bawah dia ada macam gua tu. Pintu gua tu sentiasa kunci, ada orang yang pegang kunci tu. Bila kita nak masuk, dia akan buka la pintu tu. Cuasa di sana nak kata sejuk sangat tidak, nak kata panas pun tak sangat. Sejuk tu bila ada angin, sejuk pun tak sejuk sangat la. Biasa la kan baru habis musim sejuk, ada lagi sisa-sisa sejuk tu. Eh, angin pun ada sisa-sisa ka ? *trollface* heee :D . Masuk dalam tu mutawwif cerita la pasal 7 orang pemuda tu.

Lepas tu kami ke Laut Mati. Fuhh !! best giler r :) Terapung je bila mandi, tak payah susah-susah guna pelampung ke apa. Automatik timbul, hehehe. Banyak kisah di situ. Then dah nak maghrib kami bertolak ke Makam Nabi Shuib. Di situ ada masjid sebelah masjid tu lah makam. Wangi je sentiasa, kebetulan waktu tu kami nampak ada orang khawin. Sempat la tengok macam mana orang arab dekat sana khawin. Simple ja, tak susah macam kita dekat sini.  Selesai solat maghrib kami bertolak balik hotel. Memang waktu tu takda apa yang boleh cakap, sedih + sebak semua ada. Dah nak balik, kami cuma sehari ja di sana. Memang kalau ikut tu tak puas sebab sekejap sangat.

Dah sampai hotel kami rehat-rehat kejap, pukul 11:00 malam waktu sana kami ke airport. Lepastu terbang ke Madinah.

Okay dah sampai sini dulu, insyaAllah jumpa lagi dalam entry yang baru. Terima kasih sebab luangkan masa baca cerita-cerita ana di sini. Jumpa lagi :) 

Hidup Di Negeri Orang :)

ASSALAMUALAIKUM


Hai !!! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah jumpa lagi kite , hehehe. Dah lama tak update blog ni, rindunyaaaaa !!! Okay, mood meroyan was ON . Mood ni kalau dah ON memang susah sikit nak OFF , okay abaikan . Lamanye lah tak update some news kat sini kan ? Takpe lah , hari ni ana kembali semula . Hehehehe acah-acah ada orang kesahkan .

Alhamdulillah dah nak masuk sem 2 pun, cepat betul masa berlalu. Sekarang tengah cuti sem, boleh lah nak mengupdate blog ni kan. Lama-lama duduk rumah tak buat apa-apa baik kita lakukan sesuatu yea dok ? Heeee :D Aku nak lah bercerita sikit pasal sem 1 ni. Ye lah mahasiswi baru katakan excited tu belum lagi habis. Lama betul excitednya kan ......

Untuk sem yang pertama ni Alhamdulillah dah pun settle. Mula-mula nak terima benda baru memang lah orang kata tu susah sikit. Walaupun tak susah sangat. Tapi sebenarnya belajar jauh-jauh ni kena banyak berdikari lah kan. Semuanya kena uruskan sendiri, bukan lagi nak harapkan orang lain semuanya atas diri sendiri ja. Nak balik ke kampung halaman kena naik bas sendiri, beli tiket sendiri, angkut barang sendiri. No more manja-manja, korbankan masa, korbankan perasaan rindu yang ada dalam hati ni bila tengok kekawan yang boleh balik rumah selalu. Haaaaa banyak betul pengorbanan ni.


Bila dah cakap sem 1 ni, junior lah namanya kan. Semua benda nak buat kena tanya senior-senior yang ada. Maklum la tak boleh nak bayang macam mana keadaan tu lagi. Masa nak ambil hall ticket untuk final exam hari tu, macam-macam ada dalam kepala otak ni. Dengan dewannya lagi nak mencari. Lahai padahal senang je pun cuma tak tahu itu yang jadi macam huru hara sikit. Selalunya exam di sekolah memang dah ditetapkan dewan tiba-tiba sekarang ni dah kena pergi cari sendiri. Masa tu lah kalut tanya senior-senior, hahahaha. Lawak bila ingat-ingat balik .

Macam-macam ragam ada. Tapi yang bestnya bila exam tu tak rasa stress sangat, siap boleh rileks-rileks lagi. Rileks tu sebab jarak hari tu panjang sangat, itu yang bahagia. Tapi untuk next sem dah tak boleh nak rileks-rileks. Sebabnya pointer kena jaga, kalau bertambah takpa jangan pulak berkurang. Itu memang cari pasal namanya. Hmmmm sampai sini dulu lah, kite jumpa di lain entry yea. Byeee !! Jumpa lagi :D