Happy Holiday Guys !

ASSALAMUALAIKUM

Hye apa khabar ? Sihat semuanya ? Alhamdullillah . Kepada adik Hanisah *twitter* , syafakillah ya ukhti . Semoga pembedahan akan adik lalui selamat . Insyaallah . Jangan takut jangan gusar kerana Allah sentiasa bersama awak dik :) Dah lama ana tak update . Okay sekarang ana datang nak update blog ni . Hee :D
Cuti dah 2 minggu baru nak wish kan ? Maaf terlambat . Baru balik dari kampung pagi tadi . Haa , cakap pasal kampung , sini ada cerita ana nak kongsi bersama . 

Rancangan awal ayah ana cakap nak tidur semalam ja tapi tak tahu macam mana boleh sampai 2 malam . Ana bawa baju untuk semalam aje lah , tak pa tak kisah . Boleh basuh kan baju semua . Lepas tu semalam ayah ana ada bagi tahu yang dia nak balik rumah hari ni . Ana pun relaxs la ingat nak stay ja kat kampung tu sebab hari Rabu nak bawa tok ana pegi klinik . So , tidur dah semalam , bangun pagi tadi ayah ana ajak balik rumah . Pukul 6:30 pagi tadi .

Dengan malasnya ana bangun pegi tandas basuh muka , gosok gigi , solat semua la . Dannnn terus naik kereta . Ada yang tertinggalkan ? Apa dia ? Cuba teka . Yes ! betul cakap awak , ya awaklah yang sedang membaca entry ni . Hehehehe , ana tak mandi pun . Bersebab okay kenapa ana tak mandi . Air dekat kampung dah macam ketul ais sejuknya . Masyaallah , boleh beku kalau mandi waktu macam tu .

Dah naik kereta semua 7:30 pagi sampai la rumah . Alhamdullillah , dan boleh la update blog ni . Yeay ! Home Sweet Home . Petang atau malam ni kami bertolak balik kampung balik . Yang balik ke rumah ni cuma ayah , adik dgn ana ja . Mak dgn adik ana yang lagi 2 orang tu ada dekat kampung . Main jalan kan ? takpa tak kisah .

Masyaallah , punya seronok cerita pasal cuti ana ni sampai lupa nak tanya macam mana dengan cuti korang ? Best ? Mesti pegi jalan-jalan banyak tempat kan ? Ana cuma balik kampung ja . Kongsi-kongsi lah pengalaman korang okay . Ana terima semuanya . Okaylah , ana stop sini dulu okay , jangan lupa kongsi pengalaman korang . Send ja comment yang ada di bawah entry ni . Assalamualaikum , jumpa lagi :)  

Tiada ulasan: