Kenangan Ketika Kami Bersama :)



ASSALAMUALAIKUM

Hai ! apa khabar ? Sihat ? Alhamdullillah , bertemu kita sekali  lgi kan ? Sebelum tu , mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kawan ana yang baru kembali ke rahmatulallah hari Sabtu yang lepas . Al-Fatihah ...... Untuk entry kali ni , ana nak cerita tentang kenangan ana bersama dengan adik-adik baru ana . Nak tahu siapa ? Jom sama-sama kita terjah :)

Pertama sekali ana rasa beruntung sangat sebab dapat jumpa dengan adik-adik ana ni . Nak tahu siapa adik ana ? Sini ana bagi tahu . Adik-adik ana ni sebenarnya anak murid mak ana . Depa ni peserta nasyid sekolah mak ana . Ada 2 kumpulan , kumpulan lelaki dengan kumpuan perempuan . Satu team ada 9 orang , 2 team ada 18 orang . See , ramaikan adik-adik ana . Ana sayang semua sekali . Ana sayang depa macam  mana ana sayang adik-adik kandung ana sendiri .

Hari Sabtu yang lepas (15/6/2013) depa ada pertandingan nasyid dekat Padang Menora . Ana ikut mak ana pergi sebab tak cukup orang nak jaga depa ni . Ada ramai ustaz ustazah tapi semua kena jadi hakim untuk pertandingan yang lain . Memang sebelum ni kalau depa buat latihan ana selalu sangat ikut mak ana pergi tengok depa buat latihan . Best , sebab ana dulu pun masuk nasyid jugak . Rasa seronok tengok depa . Tak tau macam mana nak cakap perasaan tu bila jumpa dengan depa semua . Masa pertama kali jumpa memang tak tengur langsung . Malu-malu lagi masa tu , tapi sekarang semua tu dah berubah menjadi peramah . Hehehe :)

Dah penat membaca ? Okay , tengok la ni adik-adik ana :)


candid :)

apa yg dibincangkan pun tak tahu laaa

say Hye dekat Aina *sedang betulkan tudung*


 Kenal tak ? Hahaha , tahu korang tak kenalkan ? Takpa :) . Ramai tak adik ana ? Gambar yang kat atas tu pagi lagi . Orang pun tak ramai lagi , baru ja sampai . Ada lagi gambar , tunggu jap ana upload .....


yang hujung sekali ni Aiman , Asyraf , Amirul , Alizudi , Nudin .
Yang belakang Hafiz , Altaf ..

Yang depan tu Farah . Ketua nasyid :)

Yang buat 'peace' tu adik kandung ana ..

Test ! test ! *tgh test mikrofon tu*

muka pucat ja semua ..

Alhamdullillah , selasai :)
 Untuk perempuan takdak gambar tengah buat persembahan sebab waktu tu ana tengah record persembahan depa . Untuk yang lelaki ni ana sempat jugak record tapi ada la sikit-sikit yang teringgal . Dengan nak ambil gambar , dengan nak record lagi memang huru-hara la jawabnya waktu tu . Ada lagi gambar yang ana nak upload ni , tengok la :)


Dah selesai semua pertandingan ..

Tengah tunggu keputusan ..

dari depan  Faiz , Amirul Altaf (berdiri) , Aiman , Nudin , Asyraf 

yang depan Farah , Marina , Adibah

:)

Jamilah dengan Asyraf :)

Nudin *ketua nasyid*

yang depan ni la mak ana :)

 Dah banyak gambar yang ana upload kan untuk korang . Sweet kan ? Hahahaha . Kali ni ana nak cerita sikit-sikit pasal perangai adik-adik ana . Boleh baca lagi tak ni ? Kalau tak boleh , pergilah tandas cuci muka dulu . Lepas tu sambung baca balik :)

Mula dengan Nudin . Nudin ni dia comel , dia pemalu sikit dengan ana . Duduk sebelah ana masa buat latihan macam malu-malu ja , dia 11 tahun . Suara dia , fuhh ! , kalau dia azan memang meremang bulu roma dengar . Saya suka dia :) ada apa-apa ? eh , tak lah . Suka + minat ja dengan dia . Amishuu :(
Asyraf pula dia ni comel juga tapi dia ni suka buat perangai gila-gila sikit . Jujur ana cakap , ana asyik gelak ja bila tengok dia . Dia ada satu sifat yang boleh buat orang ingat dia sampai bila-bila . Umur dia sekarang dah 12 tahun . Love you Acap ;)
Altaf ni suara dia mantap . Muka dia macam sepupu ana . Dia ni nampak matang sikit dari yang lain-lain . Dia ni 12 tahun juga .
Aiman , dia ada kembar . Ana selalu confiused tengok dia dengan kembar dia . Dia adik dan dia juga 12 tahun .
Yang lain-lain tu ana kurang bercakap sikit dengan depa sebab yang lain-lain tu tak selalu dengan ana .

Farah ni orangnya ganas . Nampak macam sombong tapi tak sebenarnya . Suara dia nyaring dan dia 11 tahun.
Jamilah pula dia ni paling rapat dengan ana , dia juga yang peling peramah antara semua . Dia 10 tahun .
Farihan ni adik kandung ana sendiri . 11 tahun .
Huda ni pendiam juga . Susah sikit nak sembang-sembang dengan dia . 11 tahun .
Yang lain-lain tu kami rapat juga tapi biasa-biasa ja .

Finally , team perempuan dapat Johan and team lelaki dapat Naib Johan . Ana rasa sampai sini dulu entry ana untuk kali ni . Dah panjang sangat dah ni .. Kita jumpa lain kali .

Untuk adik-adik akak ni , belajar rajin-rajin . Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi okay . Untuk yang darjah 6 tu , jawab exam elok-elok tau . Tahun depan dah tak boleh jumpa selalu dah , sedihnya :( .. Yang paling penting akak nak bagi tahu , akak sayang hampa semua :) . Awak semua kenangan terindah saya . Semoga ukhuwah antara kita terbina selamanya dan akak doakan semoga hampa semua berada di bawah lindunganNya . Insyaallah , Amin .. #keluar dah loghat Penang 








Happy Holiday Guys !

ASSALAMUALAIKUM

Hye apa khabar ? Sihat semuanya ? Alhamdullillah . Kepada adik Hanisah *twitter* , syafakillah ya ukhti . Semoga pembedahan akan adik lalui selamat . Insyaallah . Jangan takut jangan gusar kerana Allah sentiasa bersama awak dik :) Dah lama ana tak update . Okay sekarang ana datang nak update blog ni . Hee :D
Cuti dah 2 minggu baru nak wish kan ? Maaf terlambat . Baru balik dari kampung pagi tadi . Haa , cakap pasal kampung , sini ada cerita ana nak kongsi bersama . 

Rancangan awal ayah ana cakap nak tidur semalam ja tapi tak tahu macam mana boleh sampai 2 malam . Ana bawa baju untuk semalam aje lah , tak pa tak kisah . Boleh basuh kan baju semua . Lepas tu semalam ayah ana ada bagi tahu yang dia nak balik rumah hari ni . Ana pun relaxs la ingat nak stay ja kat kampung tu sebab hari Rabu nak bawa tok ana pegi klinik . So , tidur dah semalam , bangun pagi tadi ayah ana ajak balik rumah . Pukul 6:30 pagi tadi .

Dengan malasnya ana bangun pegi tandas basuh muka , gosok gigi , solat semua la . Dannnn terus naik kereta . Ada yang tertinggalkan ? Apa dia ? Cuba teka . Yes ! betul cakap awak , ya awaklah yang sedang membaca entry ni . Hehehehe , ana tak mandi pun . Bersebab okay kenapa ana tak mandi . Air dekat kampung dah macam ketul ais sejuknya . Masyaallah , boleh beku kalau mandi waktu macam tu .

Dah naik kereta semua 7:30 pagi sampai la rumah . Alhamdullillah , dan boleh la update blog ni . Yeay ! Home Sweet Home . Petang atau malam ni kami bertolak balik kampung balik . Yang balik ke rumah ni cuma ayah , adik dgn ana ja . Mak dgn adik ana yang lagi 2 orang tu ada dekat kampung . Main jalan kan ? takpa tak kisah .

Masyaallah , punya seronok cerita pasal cuti ana ni sampai lupa nak tanya macam mana dengan cuti korang ? Best ? Mesti pegi jalan-jalan banyak tempat kan ? Ana cuma balik kampung ja . Kongsi-kongsi lah pengalaman korang okay . Ana terima semuanya . Okaylah , ana stop sini dulu okay , jangan lupa kongsi pengalaman korang . Send ja comment yang ada di bawah entry ni . Assalamualaikum , jumpa lagi :)