Tiada Tajuk ^_^

ASSALAMUALAIKUM ...


Hye ! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdullillah . Macam mana puasa ? Okay ke ? Dah nak habis pun kan bulan Ramadhan tahun ni . Cepatnya masa berlalu . Untuk entry kali ni ana nak kongsi secebis kenangan . Kalau cakap pasal kenangan ni memang tak ada lain selain dengan adik-adik ana :)


Hari Sabtu lepas adik-adik ana dapat jemputan untuk buat persembahan dekat Masjid Bagan Lalang . Ada majlis apa tah kat situ . Macam biasa ana ikut sekali ....


Kami berkumpul dekat sekolah pukul 4 petang . Bertolak ke masjid tu dalam pukul 5 petang sebab solat Asar dulu dekat sekolah . Dalam pukul 5:20 macam tu sampai laa .


Nak tahu tak , sampai ja dekat tempat tu terus pengacara majlis tu jemput . Ya Allah dengan penat bawak barang tak habis terus panggil . Yang adik-adik ana ni tak cakap banyak terus ja pegi pegang microfon terus nyanyi . Tak sempat nak hilangkan penat pun .


Kiranya kami pegi tak sampai sejam pun . Ya laa sampai situ pun dah pukul 5:20 . Nak buat persembahan tu dalam 20 minit ja . Lepas tu siap semua . Memandangkan ada orang dah uruskan untuk majlis buka puasa kani pun join sekali la .


Yang paling best tu semua makanan orang yang tolong hidangkan . Like a boss . Weheee :D Terima kasih makcik pakcik .


Dah selesai berbuka kami terus balik ke sekolah solat Maghrib sesame . Lepas tu bersurai . Yeayy ! Tapi yang tu ana tak dapat jumpa adik-adik ana yang lelaki . Hurmmm :(

Tapi hari Khamis ni diorang datang kiosk . Yeayyy diorang datang sebab nak jumpa kakak diorang ni haaa . Eh tak la . Diorang ada pertandingan nasyid dekat situ . Sooo , boleh la jumpa dgn 20 orang adik ana tu . Insyaallah :)

Okay la ana rasa sampai sini dulu . Nanti kita jumpa lagi k . Ana nak sambung buat homework . Sorry ana tak boleh nak upload gambar sebab ana on guna phone mak ana dan sorry kalau ada banyak typo . Heee :D . Okay we stop here , see you soon :)

Kenangan Ketika Kami Bersama :)



ASSALAMUALAIKUM

Hai ! apa khabar ? Sihat ? Alhamdullillah , bertemu kita sekali  lgi kan ? Sebelum tu , mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kawan ana yang baru kembali ke rahmatulallah hari Sabtu yang lepas . Al-Fatihah ...... Untuk entry kali ni , ana nak cerita tentang kenangan ana bersama dengan adik-adik baru ana . Nak tahu siapa ? Jom sama-sama kita terjah :)

Pertama sekali ana rasa beruntung sangat sebab dapat jumpa dengan adik-adik ana ni . Nak tahu siapa adik ana ? Sini ana bagi tahu . Adik-adik ana ni sebenarnya anak murid mak ana . Depa ni peserta nasyid sekolah mak ana . Ada 2 kumpulan , kumpulan lelaki dengan kumpuan perempuan . Satu team ada 9 orang , 2 team ada 18 orang . See , ramaikan adik-adik ana . Ana sayang semua sekali . Ana sayang depa macam  mana ana sayang adik-adik kandung ana sendiri .

Hari Sabtu yang lepas (15/6/2013) depa ada pertandingan nasyid dekat Padang Menora . Ana ikut mak ana pergi sebab tak cukup orang nak jaga depa ni . Ada ramai ustaz ustazah tapi semua kena jadi hakim untuk pertandingan yang lain . Memang sebelum ni kalau depa buat latihan ana selalu sangat ikut mak ana pergi tengok depa buat latihan . Best , sebab ana dulu pun masuk nasyid jugak . Rasa seronok tengok depa . Tak tau macam mana nak cakap perasaan tu bila jumpa dengan depa semua . Masa pertama kali jumpa memang tak tengur langsung . Malu-malu lagi masa tu , tapi sekarang semua tu dah berubah menjadi peramah . Hehehe :)

Dah penat membaca ? Okay , tengok la ni adik-adik ana :)


candid :)

apa yg dibincangkan pun tak tahu laaa

say Hye dekat Aina *sedang betulkan tudung*


 Kenal tak ? Hahaha , tahu korang tak kenalkan ? Takpa :) . Ramai tak adik ana ? Gambar yang kat atas tu pagi lagi . Orang pun tak ramai lagi , baru ja sampai . Ada lagi gambar , tunggu jap ana upload .....


yang hujung sekali ni Aiman , Asyraf , Amirul , Alizudi , Nudin .
Yang belakang Hafiz , Altaf ..

Yang depan tu Farah . Ketua nasyid :)

Yang buat 'peace' tu adik kandung ana ..

Test ! test ! *tgh test mikrofon tu*

muka pucat ja semua ..

Alhamdullillah , selasai :)
 Untuk perempuan takdak gambar tengah buat persembahan sebab waktu tu ana tengah record persembahan depa . Untuk yang lelaki ni ana sempat jugak record tapi ada la sikit-sikit yang teringgal . Dengan nak ambil gambar , dengan nak record lagi memang huru-hara la jawabnya waktu tu . Ada lagi gambar yang ana nak upload ni , tengok la :)


Dah selesai semua pertandingan ..

Tengah tunggu keputusan ..

dari depan  Faiz , Amirul Altaf (berdiri) , Aiman , Nudin , Asyraf 

yang depan Farah , Marina , Adibah

:)

Jamilah dengan Asyraf :)

Nudin *ketua nasyid*

yang depan ni la mak ana :)

 Dah banyak gambar yang ana upload kan untuk korang . Sweet kan ? Hahahaha . Kali ni ana nak cerita sikit-sikit pasal perangai adik-adik ana . Boleh baca lagi tak ni ? Kalau tak boleh , pergilah tandas cuci muka dulu . Lepas tu sambung baca balik :)

Mula dengan Nudin . Nudin ni dia comel , dia pemalu sikit dengan ana . Duduk sebelah ana masa buat latihan macam malu-malu ja , dia 11 tahun . Suara dia , fuhh ! , kalau dia azan memang meremang bulu roma dengar . Saya suka dia :) ada apa-apa ? eh , tak lah . Suka + minat ja dengan dia . Amishuu :(
Asyraf pula dia ni comel juga tapi dia ni suka buat perangai gila-gila sikit . Jujur ana cakap , ana asyik gelak ja bila tengok dia . Dia ada satu sifat yang boleh buat orang ingat dia sampai bila-bila . Umur dia sekarang dah 12 tahun . Love you Acap ;)
Altaf ni suara dia mantap . Muka dia macam sepupu ana . Dia ni nampak matang sikit dari yang lain-lain . Dia ni 12 tahun juga .
Aiman , dia ada kembar . Ana selalu confiused tengok dia dengan kembar dia . Dia adik dan dia juga 12 tahun .
Yang lain-lain tu ana kurang bercakap sikit dengan depa sebab yang lain-lain tu tak selalu dengan ana .

Farah ni orangnya ganas . Nampak macam sombong tapi tak sebenarnya . Suara dia nyaring dan dia 11 tahun.
Jamilah pula dia ni paling rapat dengan ana , dia juga yang peling peramah antara semua . Dia 10 tahun .
Farihan ni adik kandung ana sendiri . 11 tahun .
Huda ni pendiam juga . Susah sikit nak sembang-sembang dengan dia . 11 tahun .
Yang lain-lain tu kami rapat juga tapi biasa-biasa ja .

Finally , team perempuan dapat Johan and team lelaki dapat Naib Johan . Ana rasa sampai sini dulu entry ana untuk kali ni . Dah panjang sangat dah ni .. Kita jumpa lain kali .

Untuk adik-adik akak ni , belajar rajin-rajin . Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi okay . Untuk yang darjah 6 tu , jawab exam elok-elok tau . Tahun depan dah tak boleh jumpa selalu dah , sedihnya :( .. Yang paling penting akak nak bagi tahu , akak sayang hampa semua :) . Awak semua kenangan terindah saya . Semoga ukhuwah antara kita terbina selamanya dan akak doakan semoga hampa semua berada di bawah lindunganNya . Insyaallah , Amin .. #keluar dah loghat Penang 








Happy Holiday Guys !

ASSALAMUALAIKUM

Hye apa khabar ? Sihat semuanya ? Alhamdullillah . Kepada adik Hanisah *twitter* , syafakillah ya ukhti . Semoga pembedahan akan adik lalui selamat . Insyaallah . Jangan takut jangan gusar kerana Allah sentiasa bersama awak dik :) Dah lama ana tak update . Okay sekarang ana datang nak update blog ni . Hee :D
Cuti dah 2 minggu baru nak wish kan ? Maaf terlambat . Baru balik dari kampung pagi tadi . Haa , cakap pasal kampung , sini ada cerita ana nak kongsi bersama . 

Rancangan awal ayah ana cakap nak tidur semalam ja tapi tak tahu macam mana boleh sampai 2 malam . Ana bawa baju untuk semalam aje lah , tak pa tak kisah . Boleh basuh kan baju semua . Lepas tu semalam ayah ana ada bagi tahu yang dia nak balik rumah hari ni . Ana pun relaxs la ingat nak stay ja kat kampung tu sebab hari Rabu nak bawa tok ana pegi klinik . So , tidur dah semalam , bangun pagi tadi ayah ana ajak balik rumah . Pukul 6:30 pagi tadi .

Dengan malasnya ana bangun pegi tandas basuh muka , gosok gigi , solat semua la . Dannnn terus naik kereta . Ada yang tertinggalkan ? Apa dia ? Cuba teka . Yes ! betul cakap awak , ya awaklah yang sedang membaca entry ni . Hehehehe , ana tak mandi pun . Bersebab okay kenapa ana tak mandi . Air dekat kampung dah macam ketul ais sejuknya . Masyaallah , boleh beku kalau mandi waktu macam tu .

Dah naik kereta semua 7:30 pagi sampai la rumah . Alhamdullillah , dan boleh la update blog ni . Yeay ! Home Sweet Home . Petang atau malam ni kami bertolak balik kampung balik . Yang balik ke rumah ni cuma ayah , adik dgn ana ja . Mak dgn adik ana yang lagi 2 orang tu ada dekat kampung . Main jalan kan ? takpa tak kisah .

Masyaallah , punya seronok cerita pasal cuti ana ni sampai lupa nak tanya macam mana dengan cuti korang ? Best ? Mesti pegi jalan-jalan banyak tempat kan ? Ana cuma balik kampung ja . Kongsi-kongsi lah pengalaman korang okay . Ana terima semuanya . Okaylah , ana stop sini dulu okay , jangan lupa kongsi pengalaman korang . Send ja comment yang ada di bawah entry ni . Assalamualaikum , jumpa lagi :)  

Saya Bahagia :)

ASSALAMUALAIKUM


Hye ! Lamanya tak singgah sini . Rinduuuu ! Seperti yang semua orang tahu yang budak-budak sekolah sekarang ni tengah bertarung dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun kan ? Macam tu juga la ana . Maklum lah pelajar kan . Hmmm , lets we start our story :)

Nak tahu kenapa ana bahagia tengah-tengah exam ni ? Yes , for sure I'm because of you . Hahaha *speaking pulak memalam ni* . Takpa abaikan . Alhamdullillah , Allah telah kirimkan orang-orang yang ada untuk bahagiakan ana . Alhamdullillah ana tak rasa tertekan exam kali ni . Rasa kurang sikit beban tu . Kenapa pun taktau la . Seronok ja rasa hati ni . Dah lama ana tak rasa bahagia macam ni . Terima Kasih Ya Allah .

Memang ana tak akan bagitahu la kan siapa orang tu . Cukup lah dengan kebahagiaan yang datang ni ana kongsikan bersama . Sebelum ni ana pernah menagis sebab kawan-kawan ana kan ? Dah baca entry sebelum ni ? Yang belum tu cepat pergi baca . Sekarang ana dah letak tepi pasal kawan-kawan yang semakin hari semakin menyakitkan hati . Dah la takmau sentuh bab-bab kawan kat sini . Nanti tak pasal-pasal touching pulak malam-malam ni . Sampai sini dulu ya , jumpa lagi di lain entry ..

Ya Allah , jika benar dia untukku kau dekatkan lah kami . Jika dia bukan untukku , kau jauhkan lah kami . Semoga kehagiaan yang telah Engkau titipkan buatku ini akan  terus bersamaku Ya Allah . Amin ya robbal 'alamin :)

Terluka ? Hmmmm :]

ASSALAMUALAIKUM


Hye y'allls ! apa khabar ? Sihat ? Alhamdullillah . Lama kan ana tak singgah sini ? Asif jiddan , memang tak sempat nak update blog ni . Apa ? Tweet hari-hari boleh ? Ya , memang boleh sebab twitter tu sikit-sikit ja tweet dia . Tapi kalau blog kena duduk betul-betul , kena ada idea baru la boleh update . Bukan senang nak tarik perhatian pembaca-pembaca ni . Maaf sekali lagi :') Jom kita start story okay .....

First of all ana nak semua kawan-kawan ana tau yang ana sayang sangat-sangat ukhwah yang terjalin antara kita . Tak kira lah , masa zaman sekolah rendah dulu mahupun yang sekarang ni . Tu yang paling penting buat setiap individu yang bergelar kawan ataupun sahabat . Semestinya seseorang itu akan sayang ukhwah tu kan ? Tipu la kalau cakap kita tak sayang kawan-kawan kita kan ?

Semakin lama kita bersama , semakin banyak ujian yang perlu kita hadapi kan ? Macam juga ana sekarang ni . Ya Allah , sakitnya ujian yang ada kaitan dengan kawan-kawan ni . Macam-macam jadi . Secara jujurnya ana terasa sangat-sangat dengan sikap kawan-kawan ana . Baik yang rapat mahupun yang tak berapa rapat . Rasa penat sebab asyik nak jaga perasaan kawan-kawan sedangkan apa yang depa buat ana terasa sangat-sangat .

Ya , ana tahu yang ana ni tak sebaik kawan-kawan yang lain . Tapi sekurang-kurangnya jangan la tunjuk sangat yang korang tak suka kawan dengan ana . Tolong lah ! dah tak tahu nak cakap macam mana lagi . Sedih pula bila ingat semua-semua ni balik . Tapi nak buat macam mana , terpaksa lalui semua ni . Malas nak ungkit mengungkit ni . Sendiri fikir la kan , semua dah boleh fikir .

Ingat senang ka nak lalui benda ni sorang diri ? Cuba kalau korang semua lalui ni sorang diri ? Apa korang rasa ? Macam tu juga la saya rasa sekarang ni . Hmmm , malas nak cakap panjang-panjang soal ni . Biar la jadi rahsia . Cuma yang tahu masalah ana sekarang ni awak- awak yang sedang baca entry ana ni . Terima kasih yea jadi pembaca yang setia blog ana ni . Terima kasih sangat-sangat . Ana stop sini dulu okay , see you soon :)

Edit Blog !!

ASSALAMUALAIKUM

Hye ! lamanya tak update blog ni . Apa khabar semua ? Sihat ? Alhamdullillah . See , blog ana dah cantik kan ? Yang dulunya bewarna pink dan sekarang dah balik ke warna asal iaitu BIRU . Yeah ! I love it ! Nak  tahu tak siapa yang tolong editkan blog ana ? Yea , orang yang tolong editkan . Kalau ikutkan ana memang tak secantik ni lah .

Okay , semua mesti tertanya-tanya kan ? Siapa lah yang edit blog Pemilik Hati ni kan ? Jeng jeng jeng !! Hahaha , saja nak bagi suspen . Orang itu ialah Anis . Ana kenal dengan Anis ni melalui Twitter ja . Saja stalk twitter orang , tetiba jumpa twitter Si Anis ni . Kebetulan pulak Anis letak link blog dia , ana blogwalking la . Nak try tutorial yang Anis buat tapi tak reti sangat . Lepas tu , ana beranikan diri tanya Anis macam mana nak edit blog macam blog dia .

Lepas dah tanya semua tu Anis ada bagitau cara dia tapi sampai ke sudah tak boleh . Sampai la satu hari tu Anis sendiri menawarkan diri *ayat budak SPM* hahaha . Anis yang nak tolong editkan blog ana daannnn ana bagi la dia edit . Bukan senang orang nak tolong editkan blog kita ya dak ? Tengok blog Anis pun dah tau yang Anis ni orangnya kreatif . Tak percaya tengok sendiri . TEKAN SINI

Dalam masa 3 ke 4 hari siap la blog ana . Anis bagitahu terus ana buka blog ana ni dannnn Suprise !!! senyum ja lah . Cantik okay . Dengan warna BIRU . Untuk pengetahuan semua , ana memang minat warna BIRU , buat lah macam mana pun asalkan warna BIRU semuanya cantik . Heee ~

I've got to go now . Jumpa lagi dalam entry yang lain pulak okay . Syukran jazilan , sebab sudi luangkan masa baca blog ana . *Bahasa rojak * :')


Happy Birthday !

ASSALAMUALAIKUM

Hye semua ! lamanya tak masuk sini . Rindu la pulak :) korang rindu ana tak ? *mcm ada yg rindu* . First of all ana nak minta maaf sangat-sangat sebab sampai skarang ana tak post lagi gambar khawin sepupu ana yg ana cakap dalam post yang lepas tu kan ? siapa yang baca dia tahu lah . Kalau nak tahu , cepat pergi baca sekarang .

Sebab ana tak post gambar-gambar wedding sepupu ana tu dyorang tak upload masuk facebook lagi . Saja Kak Jannah cakap biar dyorang tertunggu-tunggu . Jahat kan ? Dah sebulan lebih dah usia perkhawinan dyorang . Sweet betul lah Kak Jannah dgn Abang Hakim ni . Hehehe ^^ v

Eh , terlupa pulak ana pasal tittle kali ni . Actually Happy Birthday tu ana tujukan buat diri ana sendiri . Birthday ana dah lepas 4 hari yang lalu . Birthday ana 27 Januari 1996 . Untuk pengetahuan semua umur ana dah pun 17 tahun SPM okay SPM . Sedihnya terpaksa tinggal zaman kanak-kanak yang penuh dengan cerita yang gembira ja . Lupakan seketika . Hahaha , untuk tahun ni ana cuma celebrate biasa-biasa ja pun . Tapi tahun ni lain sikit dari tahun-tahun yang lepas . Tahun ni abah bawak makan KFC . Okay la kan ? Tahun sebelum ni abah cuma bagi RM 50 sebelum pergi sekolah . Special kan hadiah ana tahun ni ? Ana just sambut ala kadar ja , tak macam korang pergi sana sini .

Dah , stop pasal birthday . Masalah yang dihadapi oleh kita semua *sesetengah* ialah TWITTER IS OVER CAPASITY . Suka betul ana baca ayat tu . Boring tahu tak online Facebook lama-lama . Kepada pengguna-pengguna twitter sekarang ni mohon beri laluan untuk kami yang belum diberi kesempatan untuk on twitter tu . Punya la semangat ana balik dari tusyen nak on twitter sebab ada kawan ana tweet something , sekali nak bukak tak boleh . Sakit hati >,< . Dan disebabkan kejadian itulah yang ana terpaksa memerah otak untuk post something disini malam ini . See , ayat pun dah jadi ayat skema dah . Lantak lah asalkan orang faham kan ? Sep sikit :p

Baiklah , disebabkan mata sudah pun mengantuk tambahan pula baju sekolah tak iron lagi , lebih baik ana stop sini dulu . Kita jumpa lagi yea , Ma'asalamah Ilalliqo' :)


Kepada Rushda , Nabihah , Atin , Ummi , Ira , Ain , Dinie , Alia , Ayu , Izni , Naz , Syamim , Ima dan ramai lagi lah . Thank you , May Allah SWT bless you too .