ISTANBUL !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hye awak ! Yeaa awak laa, kenapa pandang orang lain ? Awak yang sedang baca ni la. Lamanya tak mengarang panjang-panjang, maklum la cuti sem panjang sangat. Hehehe. Awak-awak semua sihat ? Alhamdulillah. Selamat berpuasa uolls ! Sekejap ja dah 12 Ramadhan kan. Hmm entry kali ni kite ke Istanbul pulak. Let's start our journey, hehehe :)

Alhamdulillah wa syukurillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi dapat ke Bumi Para Anbiya' tahun ni. Istanbul menjadi pilihan untuk trip kali ni. Macam biasa under Andalusia. Travel sekali Umrah, 2 dalam 1. Yang lainnya kali ni perubahan cuaca dan suhu yang sangat panas di Mekkah dan Madinah. Jom kita story kat bawah.

Trip ni pada 28 Mei yang lepas. Cuti sekolah penggal 2, dah  sebulan berlalu. Rindu pada bumi tersebut. Dari KLIA ke At Tartuk Airport, Istanbul. Kami kesana 4 hari 3 malam. ! malam di Bursa dan 2 malam di Istanbul. Nanti kite kongsi gambar yea, baca sampai habis tau. Hehehe. Dari Turkey ke Bursa mengambil masa lebih kurang 2 jam, boleh guna jalan biasa dan juga boleh guna jalan laut. Wahhh ! bunyi macam gempak kan jalan laut , hahaha guna feri lahh. Feri tu macam feri yang ada dekat Penang ja. Tapi yang bestnya bawah untuk kenderaan dekat atas ada cafe. Boleh lah nak makan. Kitaorang makan maggi ja dekat atas tu, ada macam-macam yang dijual. Harga pun boleh laaa.

Tempat first kitaorang pegi ke Masjid Hijau. Kebersihan di tempat orang tak sama dengan tempat kita. Sangat bersih dan banggunan yang ada tu kalau kita tengok dari luar semua sama ja, simple. Masjid A dengan masjid B sama ja design. Tapi dalamnya SubhanaAllah sangat-sangat cantik. Setiap masjid tu ada kisahnya yang tersendiri. Masjid hijau ni kurang pasti kisahnya. Lebih kurang 1 jam setengah di situ, dah membeli belah terus ke Masjid Besar. Banyak melawat masjid ja disini sebab masing-masing ada cerita, ada peristiwa sendiri. Masjid sangat lah besar bukan sebab namanya masjid besar tapi mana-mana tempat pun macam tu.

Kisah di Masjid Besar ni, masa Konstantinopel telah berjaya ditawan ni ada sorang hamba Allah yang ikut dalam peperangan tu telah bernazar bahawa sekiranya Konstantinopel berjaya ditawan semula dia akan membina 20 buah masjid. Apabila sudah berjaya, dia memberitahu kepada Sultan Al Fateh akan tetapi masalah ekonomi berlaku. Cadangan dari Sultan Al Fateh supaya bina 1 masjid sahaja dalamnya ada 20 kubah. Sama seperti membina 20 buah masjid. Begitulah kisahnya.

Dah penat berjalan, back to hotel. Yuhuuu ! dah hampir 2 hari tak dapat tidur atas katil, sekali dah dapat memang jalan laa. Perjalanan dari KLIA ke Istanbul 12 jam lebih.