ASSALAMUALAIKUM ...
Hye ! Apa khabar ? Sihat ? Alhamdullillah . Macam mana puasa ? Okay ke ? Dah nak habis pun kan bulan Ramadhan tahun ni . Cepatnya masa berlalu . Untuk entry kali ni ana nak kongsi secebis kenangan . Kalau cakap pasal kenangan ni memang tak ada lain selain dengan adik-adik ana :)
Hari Sabtu lepas adik-adik ana dapat jemputan untuk buat persembahan dekat Masjid Bagan Lalang . Ada majlis apa tah kat situ . Macam biasa ana ikut sekali ....
Kami berkumpul dekat sekolah pukul 4 petang . Bertolak ke masjid tu dalam pukul 5 petang sebab solat Asar dulu dekat sekolah . Dalam pukul 5:20 macam tu sampai laa .
Nak tahu tak , sampai ja dekat tempat tu terus pengacara majlis tu jemput . Ya Allah dengan penat bawak barang tak habis terus panggil . Yang adik-adik ana ni tak cakap banyak terus ja pegi pegang microfon terus nyanyi . Tak sempat nak hilangkan penat pun .
Kiranya kami pegi tak sampai sejam pun . Ya laa sampai situ pun dah pukul 5:20 . Nak buat persembahan tu dalam 20 minit ja . Lepas tu siap semua . Memandangkan ada orang dah uruskan untuk majlis buka puasa kani pun join sekali la .
Yang paling best tu semua makanan orang yang tolong hidangkan . Like a boss . Weheee :D Terima kasih makcik pakcik .
Dah selesai berbuka kami terus balik ke sekolah solat Maghrib sesame . Lepas tu bersurai . Yeayy ! Tapi yang tu ana tak dapat jumpa adik-adik ana yang lelaki . Hurmmm :(
Tapi hari Khamis ni diorang datang kiosk . Yeayyy diorang datang sebab nak jumpa kakak diorang ni haaa . Eh tak la . Diorang ada pertandingan nasyid dekat situ . Sooo , boleh la jumpa dgn 20 orang adik ana tu . Insyaallah :)
Okay la ana rasa sampai sini dulu . Nanti kita jumpa lagi k . Ana nak sambung buat homework . Sorry ana tak boleh nak upload gambar sebab ana on guna phone mak ana dan sorry kalau ada banyak typo . Heee :D . Okay we stop here , see you soon :)